| assalamualaikum, dalam telegram ada dbp dalam tu ada banyak istilah baru dikeluarkan , saya nak tanya dimana saya boleh cari istilah istilah itu secara dalam talian, saya mahu search dengan mudah? | Selain daripada media sosial rasmi DBP, saudara boleh mendapatkan istilah-istilah bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh DBP melalui: 1) Portal Jendela DBP (jendeladbp.my) melalui ruangan Peka Bahasa 2) Portal Gerbang Kata (ekamus.dbp.gov.my) melalui ruangan Istilah Semasa dalam Talian | Istilah | 27.03.2023 |
| Apakan istilah Bahasa Melayu untuk istilah-istilah yangsering digunakan di media sosial seperti berikut: 1.friend 2.follow 3.friend/follow request 4.like button(like somebody's FB or insta post) 5.Unfriend/unfollow | Pihak DBP mencadangkan istilah bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam media sosial seperti yang berikut: 1. Istilah bahasa Melayu bagi friend ialah "kawan" 2. Istilah bahasa Melayu bagi follow ialah "ikuti" 3. Istilah bahasa Melayu bagi friend/follow request ialah "nak kawan"/"nak ikuti" 4. Istilah bahasa Melayu bagi like button ialah "butang suka" 5. Istilah bahasa Melayu bagi unfriend/unfollow ialah "tak kawan"/"tak ikuti" | Istilah | 17.08.2022 |
| Istilah-istilah berikut dalam Bahasa Melayu: 1. Interlocking pavement 2. Signage | Padanan bahasa Melayu bagi istilah interlocking pavement ialah turapan berkait dan istilah signage ialah penunjuk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang pertanian. | Istilah | 05.02.2024 |
| Salam Tuan, saya ada beberapa soalan: Ejaan betul bagi idah/edah? Ejaan bagi sulh Ejaan bagi Shiqaq/Syiqaq lagi satu, patut kah saya merujuk PRPM bagi istilah-istilah ini atau saya kekalkan istilah-istilah ini mengikut ejaan Arab? Terima kasih, Tuan | Ejaan yang betul ialah: 1. idah (sila rujuk KD-4 dan KDP) 2. sulh (disarankan menggunakan padanan bahasa Melayunya - perdamaian) 3. syiqaq (ejaan mengikut pedoman)(belum terakam dalam kamus terbitan DBP) Semua kata pinjaman yang digunakan dalam teks bahasa Melayu perlulah dieja mengikut Pedoman Umum Ejaan Baku Bahasa Melayu yang terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua (2016). | Ejaan | 14.06.2023 |
| istilah - istilah berikut dalam BM : 1. Pagar anti-climb 2. Wash bay (di tapak pembinaan) 3. Focal point 4. Ramp 5. Park and Ride 6. Smart Parking 7. Waste to Wealth 8. Electricity Smart Metering 9. Smart Bin 10. Rubble Pitching Wall | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti climb fence ialah pagar anti panjat, wash bay ialah ruang cuci, focal point ialah titik fokus, ramp ialah tanjakan, park and ride ialah pandu dan rantau, smart parking ialah tempat letak kereta pintar, waste to wealth ialah sisa ke sumber, electricity smart metering ialah permeteran pintar elektrik, smart bin ialah tong pintar, dan rubble pitching wall ialah tembok mengunjam batu. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.07.2023 |
| Bagaimanakah istilah-istilah seperti "K-Drama" dan "K-Pop" diterjemahkan? Drama-K dan Pop-K? | Cadangan terjemahan bagi istilah K-Drama dan K-Pop dalam bahasa Melayu ialah drama Korea dan pop Korea. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.01.2025 |
| Assalammualaikum tuan/puan. Saya adalah penyelidik yang sedang mengkaji istilah-istilah Melayu lama yang sudah jarang digunakan. saya secara khusus sedang mencari data korpus atau penggunaan istilah "manai" yang asli sifatnya. selain itu saya juga mencari definisi dari istilah tersebut. sejauh pencarian saya, tiada sebarang kamus yang mempunyai entry ini. yang ada hanyalah "manai berumpun". Saya hanya menemukan entry "manai" tersebut di dalam korpus DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menggali lebih dalam tentang istilah ini, ke manakah rujukan yang saya perlu cari? adakah buku, jurnal, atau kamus yang perlu saya rujuk? | 1. Bagi menambah korpus penggunaan kata manai, saudara boleh memperolehnya daripada https://mcp.anu.edu.au/Q/standard.html. 2. Maklumat tentang makna kata ini terrakam dalam kamus terbitan DBP, misalnya dalam Kamus Dewan (1970) dan Kamus Dewan Perdana (2020). Kamus-kamus terdahulu seperti Kamus Wilkinson juga boleh dirujuk. 3. Maklumat lain bolehlah digali dengan membuat rujukan di perpustakaan. | Makna | 30.11.2024 |
| Tuan, saya merupakan pelajar PHD. Saya diminta untuk mencari terminologi kepada istilah Enactment & Sensemaking. Kedua-dua istilah ini dikeluarkan daripada teori Sensemaking oleh Weick (1995). Istilah-istilah yang ada dilihat tidak bersesuaian dengan teori tersebut. Boleh tuan mencadangkan kepada saya istilah yang bersesuaian ? Terima Kasih. | Untuk perkataan Enactment, tuan boleh terus menggunakan istilahnya dalam bahasa Melayu iaitu Enakmen. Untuk perkataan Sensemaking berdasarkan teori Weick yang tuan maksudkan, istilah yang dicadangkan ialah pengungkapan maksud atau pertimbangan mengikut kesesuaian konsep. | Istilah | 28.11.2022 |
| Assalamualaikum. 1. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sepadan dengan istilah-istilah IT yang berikut: - Wrap text - Justify text - Strikethrough text - Bullet list - Increase/Decrease Indent - Undo - Align Left/Right/Center - Placeholder text - Slug (cth ayat: Slugs can only include letters, numbers, dashes and underscores) 2. Betulkah penggunaan "hingga" dalam ayat ini: "Anda hanya boleh memilih hingga 12 fail." Terima kasih. | 1. Padanan istilah bahasa Melayu bagi wrap text ialah lelilit teks dan undo ialah buat asal, manakala cadangan istilah bahasa Melayu bagi istilah justify text ialah laras teks, strikethrough text ialah lorek atas teks, bullet list ialah senarai tanda peluru, increase indent ialah tambah inden, decrease indent ialah kurang inden, align left ialah jajar kiri, align right ialah jajar kanan, align center ialah jajar tengah, placeholder text ialah teks sandaran dan slug ialah slug. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. 2. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), kata sendi nama 'hingga' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Berdasarkan ayat yang diberikan, penggunaan kata sendi nama 'hingga' adalah tepat. Walau bagaimanapun, berikut ialah cadangan ayat yang lebih gramatis: ""Anda hanya boleh memilih hingga 12 fail sahaja." atau "Anda hanya boleh memilih maksimum 12 fail."
| Lain-lain | 28.12.2025 |
| Apa terjemahan untuk istilah-istilah berikut? 1. Royal flush 2. Straight flush 3. Four of a kind 4. Full house 5. Flush 6. Straight 7. Three of a kind 8. Two pair 9.One pair 10. High card Terima kasih | 1. royal flush - sama bunga tertinggi (terup) 2. straight flush - sama bunga jujukan (terup) 3. four of a kind - empat jenis senilai (terup) 4. full house - set penuh (terup) 5. flush - sama bunga (terup) 6. straight - jujukan (terup) 7. three of a kind - tiga jenis senilai (terup) 8. two pair - dua pasang (terup) 9.one pair - sepasang (terup) 10. high card - kad utama (terup) | Istilah | 01.07.2022 |