Adakah istilah ' golongan istimewa' sesuai digunakan. Jika sesuai, apakah perbezaannya dengan golongan kurang upaya? | Istilah golongan iatimewa tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya, golongan istimewa ini lazimnya merujuk kepada golongan kurang upaya. Masyarakat kita tidak mahu merendahkan kedudukan golongan kurang upaya dalam kalangan masyarakat, kerana itulah istilah golongan istimewa digunakan. | Lain-lain | 16.11.2010 |
soalan 1: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini.......Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... (boleh jelaskan kenapa "yang rambutnya teristimewa salah") 2. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan? | Jawapan 1: Ayat yang lebih sesuai ialah "yang berambut "istimewa" sekarang ini...". Perlu ada tanda " " pada perkataan istimewa kerana istimewa di sini boleh menjelaskan pelbagai maksud. Mungkin juga berambut cantik, berambut pelik dan sebagainya. Jika hendak menggantikan ayat yang lebih sesuai ialah "yang rambutnya sangat istimewa atau yang rambutnya sangat luar biasa sekarang ini". Maksud "teristimewa" ialah "yang luar biasa, yang sangat khas, terkhusus"(Kamus Dewan Edisi Keempat).Jika ayat "yang rambutnya teristimewa" digunakan, maka ayat ini salah kerana ayat yang digunakan berbunyi" yang rambutnya yang luar biasa" . Penggunaan "yang" dua (2) kali berturut-turut dalam ayat bahasa Melayu adalah tidak sesuai dan hendaklah dielakkan. Jawapan 2: "yang" adalah kata hubung dalam bahasa Melayu. Kata hubung bermaksud menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya: Saya membeli baju yang berwarna hijau. Perkataan "yang" menghubungkan perkataan "baju" dan "berwarna". Perkataan "yang" hanya biasa digunakan dalam penulisan seperti slogan, puisi atau pantun dan seumpamanya sahaja. Contohnya: "Yang indah itu bahasa".
| Tatabahasa | 29.03.2013 |
TANYA MAKSUD : 1. seperti katak bawah tempurung. 2. seperti hujan ke pasir | Merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu seperti katak di bawah tempurung ialah amat picik pengetahuannya. Untuk mengetahui makna peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau layari laman sesawang DBP dan cari di carian kata. | Lain-lain | 05.03.2009 |
saya wakil rumah kebajikan ingin bertanya berkenaan dengan pengesahan bahasa pada papan iklan yang kami mohon daripada DBKL. papan iklan yang kami mohon bertulis Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan. di sini saya hendak pastikan bahawa penggunaan bahasa tersebut betul atau salah? | Penamaan yang betul ialah "Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa". Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk membuat permohonan iklan secara dalam talian sebelum dikemukakan kepada Jabatan Pelesenan, DBKL. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Hari ini hari yang istimewa (untuk, bagi, kepada) semua murid. Yang manakah boleh digunakan? | Kata sendi nama untuk dan bagi boleh digunakan untuk ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 22.05.2011 |
Tuan, apakah maksudnya seperti hujan jatuh ke pasir, | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, hujan jatuh ke pasir bermaksud berbuat baik bukan pada tempatnya. | Tatabahasa | 21.08.2013 |
dari mana saya bpleh dapat senarai peribahasa? | Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu hasil karya Abdullah Hussin terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 15.02.2009 |
maksud ayat mengambil berat | Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. | Makna | 05.09.2006 |
apa maksud hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" bermaksud "Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan". | Makna | 16.08.2011 |
Definisi Jati Diri | Maknanya ialah sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 05.11.2009 |