Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ta.lik] | ايتاليک

Definisi : bentuk huruf condong (dlm cetakan); mengitalikkan mencetak (menulis dsb) dlm italik: contoh penggunaan ayat hendaklah diitalikkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ta.lik] | ايتاليک

Definisi : dicetak condong ke kanan (bkn huruf): huruf ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
italik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan huruf condong, huruf miring.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ada pertanyaan: 1. Dalam kamus dewan perdana, kenapa ada entri guna huruf italik, sontohnya avalanche, avant-garde, boulevard. Ini dah diterima sebagai bahasa Melayu ke? Kalau dah terima kenapa perlu italik lagi? Jika guna dalam urusan rasmi, perkataan ini perlu italik atau tidak? Kenapa boulevard tak italik pula dalam kamus dewan keempat? 2. Kenapa ada dua entri renaisans dan Renaissance? Kalau Renaissance kata nama khas (sebabhuruf besar), perlu ditalikkan lagi ke seperti dlm kamus? Penggunaan yang betul zaman renaisans atau zaman Renaissance?

1. Benar. Terdapat kata pinjaman yang sudah diterima masuk dalam bahasa Melayu seperti ad hoc, vis-à-visavalanche, avant-garde dan boulevard. Namun, ejaan bagi kata-kata tersebut perlu mematuhi Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) dsb. Dalam susunan entri kamus, kata-kata pinjaman yang masih dikekalkan ejaannya daripada bahasa asal (khususnya daripada bahasa Perancis dan Eropah) perlu diitalikkan atau ditulis miring/condong. Penggunaan rasmi bagi kata-kata ini juga perlu diitalikkan atau ditulis miring/condong. Untuk lebih jelas dan keselarasan, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008: 303-336) dan kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

2. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan dua kata ini:

renaisans
kata nama 
kelahiran semula sesuatu, terutamanya yang berkaitan dengan bidang budaya atau seni: Renaisans budaya ini memang masih pada tahap awal. Dalam syarahan ini, topik yang saya pilih adalah tentang renaisans bangsa kita.

Renaissance Sejarah kata nama 
tempoh antara abad ke-14 dgn abad ke-17 di Eropah apabila berlakunya kebangkitan dan pemulihan budaya, seni dan sastera.

Perbezaannya ialah satu kata dieja/mematuhi sistem ejaan Rumi bahasa Melayu dan satu lagi dikekalkan ejaan bahasa asalnya. Lihat takrif dan penggunaannya berbeza. Ada yang kata umum dan satu lagi kata nama khas dalam bidang Sejarah. Kita akan menemui kata-kata tersebut dalam teks bahasa Melayu.

Zaman Renaissance digunakan bagi maksud dan konteks/bidang Sejarah.

Ejaan10.05.2023
Adakah perkataan bahasa Inggeris yang ditelakan dalam kurungan perlu italik? Salinan cetak (hardcopy) perlu dihanatr kepada kami dengan segera. Adakah perkataan hardcopy dalam kurungan perlu italik?
Dalam penulisan, perkataan bahasa asing dalam kurungan tidak perlu italik
Tatabahasa31.10.2020
Assalamualaikum, bolehkah perkataan "fogging" seperti aktiviti fogging nyamuk digunapakai dalam bahasa Malaysia? Mungkin hanya italik perkataan tersebut. Terima kasih.Assalamualaikum, bolehkah perkataan "fogging" seperti aktiviti fogging nyamuk digunapakai dalam bahasa Malaysia? Mungkin hanya italik perkataan tersebut. Terima kasih.
Puan tidak perlu meminjam dan menulis italik istilah "fogging" kerana telah ada istilah padanan dalam bahasa Melayu iaitu "pengabutan",  yang merujuk "penggunaan pestisid dengan cara memanaskan bahan kimia, lalu membentuk bintik-bintik halus yang kelihatan seperti kabut, biasanya untuk membunuh nyamuk dan serangga perosak lain".
Istilah03.01.2014
Nama rancangan TV perlu italik atau tidak? Contoh Buletin Utama, Majalah 3 dsb.Tajuk rancangan TV tidak perlu italik.Tatabahasa30.04.2019
1)Virus Nipah 2)Halal Italik ke tidak dalam teks bahasa Inggeris?1)Nipah Virus (tidak perlu italik) 2)Halal (perlu)Lain-lain25.02.2011
Saya sering keliru dengan penggunaan italik untuk bahasa asing, seperti Bahasa Inggeris. Apa yang saya faham, ayat dalam bahasa asing perlu italik. Bagaimana pula nama kolej, nama kursus dll? Adakah kata nama khas dalam bahasa Inggeris tak perlu diitalik, sebaliknya huruf besar pada awal perkataan?

Sdr. Rina,

Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. 

Tatabahasa17.05.2010
Soalan tentang tanda baca, italic, title case: 1) Apakah beza penggunaan tanda petik " " dan . 2) Apakah cadangan DBP untuk penggunaan italik untuk perkataan asing atau frasa khas. Perlu italik atau cukup sekadar tanda petik? 3) Apakah peraturan penggunaan Title Case. Bolehkah semua perkataan mempunyai huruf besar di awal? 4) Adakah pagi/petang boleh ditulis dengan singkatan seperti "AM" "PM" contohnya bahasa inggeris, "9am-5pm" BM ditulis bagaimana?

Penulisan tanda petik bergantung pada konteks penggunaannya. Terdapat dua tanda petik yang  biasa digunakan dalam penulisan, iaitu tanda petik (“ ”) dan tanda petik tunggal (‘ ’). Perbezaan kedua-dua tanda petik ini ialah tanda petik (“ ”) lazimnya digunakan penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis; penanda yang mengapit judul rencana, karangan, puisi, bab, buku dan sebagainya yang digunakan dalam ayat; dan penanda yang mengapit huruf, angka, simbol, istilah atau kata untuk tujuan khusus. Tanda petik tunggal (‘ ’) pula, ialah biasanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk buku Gaya  Dewan,  Edisi Ke-4, halaman 125.

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 153,  huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contohnya lingua franca, mala fide dan prima facie. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan. Contohnya, suai pada (copy fitting), kebebasan seni (poetic license) dan kos sut (marginal cost).

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 147.

Penggunaan singkatan bahasa Inggeris “am” dan “pm”  dalam bahasa Melayu ialah “pg.” dan “ptg.” atau “pg.” dan “mlm.”.  Oleh itu, jawapan yang betul ialah 9 pg.- 5 ptg.


Lain-lain05.09.2023
Adakah kata nama khas bahasa Inggeris dalam penulisan dokumen rasmi bahasa Melayu perlu ditulis secara huruf condong (italik)?Kata nama khas bahasa Inggeris dalam penulisan dokumen rasmi bahasa Melayu tidak perlu ditulis secara huruf condong/italikEjaan25.11.2022
saya keliru dalam beberapa perkara. 1) perkataan blog dan juga blogger yang digunakan dalam penulisan esei perlu di italik atau tidak? 2) rancangan TV contohnya rancangan Jangan Tidur Lagi yang digunakan dalam penulisan perlu di italik atau perlu diletakkan tanda pembuka kata dan penutup kata. terima kasih daun keladi, nanti saya tanya lagi.

1. Ejaan blog dan blogger ditulis seperti biasa (tidak perlu dicondongkan), walau bagaimanpun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah penulis blog untuk maksud yang sama dengan blogger.    

2. Tidakperlu diletakkan tanda pengikat kata (" ") untuk menulis tajuk rancangan televisyen, cukup sekadar menulis frasa tersebut dengan huruf besar pada awal kata.

Lain-lain02.04.2009
Dalam penulisan buku, pada bahagian akronim, sekiranya buku tersebut dalam bahasa Melayu, dan ada akronim dalam bahasa Inggeris, adakah penjelasan akronim dalam bahasa Inggeris tersebut perlu di italik kan? Contoh: WHO = World Health Organization Adakah perkataan World Health Organisation itu perlu di italikkan? World Health Organization (WHO) tidak perlu italik.Lain-lain29.03.2022
12345678

Kembali ke atas