salam 1Malaysia, saya memohon cadangan ayat untuk contoh pernyataan di bawah: contoh ayat: Dalam kelompok respons agak ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut sub konstruk dan bilangan item masing-masing iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam sub konstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, pengurusan dan Pembangunan Sekolah, dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. tq | Dalam kelompok responden yang ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, Pengurusan dan Pembangunan Sekolah serta Pembangunan dan Kebajikan Pelajar. | Tatabahasa | 02.05.2015 |
salam 1 malaysia. manakah contoh ayat berikut yang sesuai digunakan untuk penggunaan perkataan 'masing-masing'. 1. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, serta masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. 2. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, dan 1 item masing-masing dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. mohon cadangan ayat yang sesuai. t.q | Terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu ilmu asas sebagai guru dan atribut profesional masing-masing 4 item, dan subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar masing-masing 1 item. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
Adakah perkataan "item" merupakan perkataan sah dalam Bahasa Melayu? Contoh penggunaan: Kami merujuk kepada item 3 dalam senarai tersebut. Selain perkataan item, perkataan apakah yang sesuai digunakan dalam contoh di atas? | Perkataan item boleh digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu bermaksud (i) barang atau benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan; (2) perkara. Dalam contoh ayat yang diberikan, item merujuk kepada perkara. Perkataan lain yang boleh digunakan bagi menggantikan perkataan item ialah perkara. | Tatabahasa | 17.03.2021 |
ADAKAH PERKATAAN "ITEM" perlu di condongkan apabila digunakan di dalam surat rasmi berbahasa melayu? Adakah perkaatan "item" merupakan perkataan pinjaman bahasa inggeris? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 848, “item” bermaksud perkara atau hal yang diperkatakan atau dibincangkan. “Item” juga bermaksud barang atau benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan. Oleh itu, “item” boleh digunakan dalam bahasa Melayu dan tidak perlu italik. Cadangan kami, sila gunakan perkataan yang khusus kerana “item” merujuk barang atau benda, dan perkara. | Lain-lain | 27.08.2024 |
salam.mohon nasihat pihak tuan mengenai terjemahan bagi perkataan "Item Parceling in Structural Equation Modeling". sekian terima kasih | Padanan bagi "Item Parceling in Structural Equation Modeling" ialah Pembungkusan Item dalam Pemodelan Persamaan Berstruktur atau Pengkelompokan Item dalm Pemodelan Persamaan Berstruktur. Sesuaikan frasa mengikut konteks ayat yang digunakan. | Istilah | 16.07.2019 |
ADAKAH PERKATAAN 'ITEM' SAH DIGUNAKAN SEBAGAI PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU? | Item boleh digunakan dlm bahasa Melayu tetapi lebih baik terus menggunakan makna yang khusus kerana item merujuk kepada barang atau benda, dan perkara. | Makna | 26.07.2007 |
Assalamualaikum.. Untuk item/soalan,sepatutnya guna istilah bangun,gubal,bina atau buat? terima kasih | Salam, Tuan. Soalan tersebut tidak jelas, mohon tuan kemukakan semula soalan yang lebih jelas. Terima kasih. | Lain-lain | 19.03.2015 |
salam 1Malaysia. adakah penggunaan perkataan 'dari tiga' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon pembetulan. contoh ayat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Dari tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar. | Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Daripada tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar. | Tatabahasa | 27.08.2015 |
Diskaun 10% untuk item terpilih ketika promosi setiap bulan. Adakah ayat diatas betul? | Ayat tersebut betul. Diskaun 10% untuk item terpilih ketika promosi setiap bulan. | Lain-lain | 29.03.2021 |
salam 1 Malaysia, yang manakah ayat yang sesuai yang menunjukkan penggunaan adalah dan ialah bagi contoh ayat berikut; 1. Kebanyakan item cadangan tersebut adalah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru 2. Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru sekian tq | Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru. | Tatabahasa | 28.08.2015 |