Saya hendak bertanya ; 1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. Yang manakah satu betul, di dalam atau di tengah ? Terima kasih | 1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. - kedua-duanya betul | Tatabahasa | 26.07.2011 |
Adakah padanan istilah di bawah tepat? Goose - Angsa, Duck - Itik, Swan - Joyinah. | Padanan bagi Goose - Angsa dan Duck - Itik adalah tepat. Padanan Swan dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah Swan. Ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper, leher panjang, bulu pelepah kalis air, kepak panjang dan tirus, ekor dan kaki pendek dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Istilah | 01.04.2018 |
Adakah ayat ini betul? 1. Datuk memberikan itik makanan. | Ayat ini salah. Ayat yang betul ialah: 1. Datuk memberi itik makanan : atau 2. Datuk memberikan makanan kepada itik. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. 1. Manakah yang lebih banyak? Ayam atau itik? 2. Yang manakah lebih banyak? Ayam atau itik? 3. Manakah yang paling banyak? Ayam atau itik? Soalan yang manakah lebih tepat? Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Soalan yang paling tepat ialah (1) dan (3). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
Salam sejahtera; 1. Bagai itik pulang petang 2. Seperti itik pulang petang. Soalan ; -Adakah kedua-duanya boleh diterima. -Adakah simpulan bahasa boleh ditulis dlm. bentuk yg sesuai asalkan betul tatabahasanya tidak mengubah maksud asalnya atau sebaliknya. Terima kasih | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, merakamkan peribahasa "Bagai itik pulang petang". Peribahasa ialah warisan daripada generasi terdahulu, bentuk yang terakam dikekalkan walau diulang cetak berulang kali. | Tatabahasa | 01.03.2016 |
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Terima kasih. | Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2017 |
pengunaan tanda koma A) ayam,itik, dan kambing. B) ayam,itik dan kambing. yang mana betul? | Cik Shuit, Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan ... Sehubungan itu, yang betul ialah (a) ayam, itik dan kambing. Nota: Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 02.06.2009 |
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Rujuk lampiran untuk haiwan yang dimaksudkan. Terima kasih. | Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2017 |
Mengapa sesetengah ayat yang menggunakan kata sendi dan diletakkan tanda sebelumnya dan sesetengah pula tidak diletakkan tanda koma.Contoh Ali memelihara ayam, itik, dan kambing. atau Ali memelihara ayam, itik dan kambing. | Sekiranya perkara itu tergolong dalam kelompok yang sama, tanda koma tidak perlu diletakkan. Contohnya ayam, itik, kambing (kategori binatang) | Tatabahasa | 20.07.2006 |
Ali memancing banyak ikan . Dia berasa gembira "seperti itik mendapat air". Penggunaan peribahasa dalam ayat tersebut sesuai atau tidak sesuai ? Terima kasih. | Peribahasa "itik mendapat air" bermaksud memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 09.08.2011 |