Apakah padanan terjemahan bagi perkataan "grape ivy"? Ia adalah sejenis tumbuhan dalam keluarga pokok ivy. Terima kasih | Dalam pangkalan data PRPM, tiada istilah khusus bagi perkataan "grape ivy". Padanan untuk grape ialah anggur manakala ivy ialah sejenis pokok. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Ayah Ivy membayar harga barangan yang dibeli di kaunter pembayaran. ayat ini ialah ayat majmuk atau ayat tunggal | Ayat tersebut merupakan ayat tunggal. | Tatabahasa | 03.01.2025 |
No. Pendaftaran : 54441/2016 Syarikat : Best View Corporation Sdn Bhd Refer to the above registration no, we would like to find out why our application is rejected and why is the reason ? We had apply more than 3 times, but every time also did not given the reason why u reject. Appreciate if u could advice. We had try to call so many time to your center, but sad to tell u nobody answer the call. Look forward reply from u soon. TQ. BR, Ivy Tan 03-3343 5112 / 5113 016-967 2079 | Sila buka semula permohonan tuan dan di ruang komen terdapat kesalahan yang dinyatakan oleh petugas kami. Komen petugas kami adalah seperti yang berikut: 1. Tukar "Contact us at" kepada Hubungi kami melalui talian 2. Tukar "PICTURE FOR ILLUSTRATION PURPOSES ONLY" kepada GAMBAR UNTUK TUJUAN ILUSTRASI SAHAJA 3. Tukar "TERMS AND CONDITIONS APPLIES" kepada TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT 4. Tukar "STAY WITH US AND FEEL LIKE HOME" kepada bahasa Melayu. Sila buat pembetulan dan hantar semula visual tersebut untuk pengesahan. | Lain-lain | 05.11.2016 |
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy | 1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas. 4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.10.2010 |