| Salam, saya ada satu persoalan mengenai huruf jawi. Huruf jim, bolehkah kalau ditulis sebagai ja, atau ja hanya diterima sebagai sebutan? Terim kasih. | Wasalam. Soalan tuan/puan kurang jelas. Huruf jim hendaklah ditulis جيم . Sekian. Terima kasih. | Ejaan | 30.08.2017 |
| Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you. | Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
| Salam sejahtera. Saya keliru, bagaimanakah untuk mengeja dan menyebut perkataan seperti mengambil, mengeja, mengikat, mengobor dan mengubah. Setahu saya, kata dasar yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u dibubuh imbuhan awalan meng-, jadi adakah perkataan-perkataan dieja seperti berikut: meng-am-bil atau me-ngam-bil meng-e-ja atau me-nge-ja meng-i-kat atau me-ngi-kat meng-o-bor atau me-ngo-bor meng-u-bah atau me-ngu-bah | Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan. Contohnya: mengambil [me.ngam.bil] mengeja [me.nge.ja] mengikat [me.ngi.kat] mengubah [me.ngu.bah] Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi–Sebutan–Jawi Edisi Kedua (DBP, 2016), halaman 56 – 57 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 07.11.2025 |
| Nur Dania Izzani Jun 26th, 6:08am adakah phak dbp sdah menerima cerpen yg dtls oleh ainatul syakila bt ja'afar brtajuk kenangan? | Mohon puan dapat memberikan maklumat lengkap seperti kaedah cerpen dihantar, sama ada melalui e-mel atau pos. Sekiranya melalui e-mel, mohon dimaklumkan alamat e-mel pegawai dan sekiranya melalui pos, mohon dimaklumkan nama bahagian yang dialamatkan. | Lain-lain | 26.06.2014 |
| Adakah perkataan "jejaka" dikategorikan sebagai kata ganda separa? | Perkataan jejaka menepati rumus kata ganda separa seperti laki - la-laki - lelaki (jaka - ja-jaka - jejaka). Walau bagaimanapun sumber kamus menunjukkan jaka dan jejaka sebagai varian bagi lelaki dewasa. | Tatabahasa | 08.09.2021 |
| Tentang vokal berganding, contoh sering diberikan sebagai satu sebutan "w" jadi: dua (dwa), gua (gwa), kuala (kwa/la), tua (twa). dan Januari (ja/nwa/ri). Apakah betul pecahan bunyi suku kata tersebut? Sedangkan latihan sebutan suku kata hanya menyebut da/di/du/de/do sebagai satu suku kata, dan a/i/u/e/o sebagai satu suku kata juga. Mohon pencerahan untuk perkataan berikut: gua / tua / kuala / Januari sahaja. | Contoh yang diberikan ialah vokal berganding. Perkataan seperti [du.a], [gu.a] dan [tu.a] mengandungi dua suku kata. Penggalan bunyi suku kata adalah seperti yang berikut: [dua], [gua] dan [tua]. | Tatabahasa | 28.01.2015 |
| Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
| Salam sejahtera, Tuan; Perkataan "kait" tergolong dalam perkataan vokal berganding atau diftong? Terima kasih. | Kait (ka.it) ialah vokal rangkap yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan sama seperti ajaib (a.ja.ib) dan aur (a.ur). | Tatabahasa | 28.01.2013 |
| Dalam retorik penceritaan ada peristiwa, urutan dan konflik. Secara teknikalnya, bagaimana hendak membezakan peristiwa, urutan dan konflik untuk analisis retorik penceritaan dalan sesuatu naratif? | Salam puan yang budiman, Berkenaan dengan pertanyaan ini, puan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 15.01.2026 |
| Bila guna gaya bahasa seperti simile, metafora, hiperbola dan karya sastera? Adakah digunakan semasa paragraf deskripsi, detik-detik penting seperti prolog, epilog, letupan emosi dan klimaks sahaja? | Salam tuan yang budiman, Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 26.11.2025 |