Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.di] | جادي

Definisi : 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, ber­lang­sung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki ta­ngan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi per­to­longan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pe­sanan sese­orang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pan­tai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal ma­nusia dgn keadaan ~ mengandungi se­bahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuat­nya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ penge­rusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. men­jelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tam­­bah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menye­bab­kan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas­ perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (ter­utamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, pen­ciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (men­jadikan) sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.di] | جادي

Definisi : 1 selesai dikerjakan; berlaku; berjaya: ~ juga penganan yg saya buat itu. boleh ~ mungkin; barangkali; tidak ~ gagal; tidak berhasil. 2 lahir, dilahirkan: hari ~. 3 = jadinya oleh sebab itu; akibatnya: Hari hujan, ~ tidak dapatlah kita menjemur padi. 4 bersetuju: Dia ~ membeli rumah itu. menjadi 1 dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2 berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3 hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak: Sawahnya ~ tahun ini. menjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar dll); makin bertambah: Kerana angin kencang, kebakaran itu pun ~. menjadikan 1 menggunakan sbg; membuat: Mereka telah ~ gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: Guru Besar telah ~ dia ketua murid. 3 menyebabkan; menimbulkan: Kematian anaknya yg sulung itu ~ dia selalu termenung. 4 mencipta; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ kita semua. terjadi sudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. jadi-jadian 1 manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau): harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2 bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja: bunga ~. kejadian 1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Kalau mandi abang kini,
     Letakkan dastar atas batu;
Kalau jadi-jadi begini,
     Belikan kita sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(171)
Peribahasa

Jadi penghubung kaki tangan.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.

 

Lihat selanjutnya...(79)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kalah jadi abu,menang jadi arahUngkapan yang betul ialah kalah jadi abu,menang jadi arang.Lain-lain27.07.2010
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian

Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 

1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi)

2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu

3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang

Makna15.05.2011
hari jadi atau Hari JadiEjaan yang betul ialah hari jadi.Ejaan07.05.2012
Jadi (merujuk kepada soalan saya pada 16/07/14}, kalau mengikut pedoman transliterasi tersebut, jama'i adalah ejaan yang betul? Terima kasih.Ejaan jama'i sebagai transliterasi kepada perkataan Arab daripada huruf jim mim ain (baris bawah).Tatabahasa18.07.2014
Jadi jika kata membaik pulih bermaksud memulihkan keadaan sesuatu alat, tuan tolong perhatikan ayat saya di bawah ini dan tentukan yang manakah betul. Minta tuan berikan penerangan. 1. Bapa telah membaik pulih keretanya yang rosak. 2. Bapa telah pulih membaik keretanya yang rosak. 3. Bapa telah membaik keretanya pulih yang rosak.Ayat yang betul ialah "Bapa telah membaik pulih keretanya yang rosak." Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, membaik pulih bermaksud membaiki serta memulihkan sesuatu (jentera, pesawat, dll) sehingga dapat digunakan atau dapat berfungsi dengan sempurna: perkhidmatan ~ kapal;.Tatabahasa28.05.2014
Jadi, "mengairi sawah padi" adalah betul dan "mengairkan sawah padi" adalah salah?Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, ‘mengairi’ bermakna mengalirkan air ke; membubuh air pada; menggenangi (sawah). Contoh ayat: Mereka menggunakan terusan pengairan untuk mengairi sawah. Tatabahasa01.05.2014
Jadi penggunaan memperakui betul ke salah?Perkataan memperakui boleh digunakan. Dalam Kamus Dewan,memperakui bermaksud mengesahkan.Penggunaan memperakui dan memperakukan berbeza mengikut konteks ayat.Makna08.10.2013
Jadi ayat di bawah ini tidak gramatiskah?: Sama ada Obama atau Romney yang menjadi Presiden AS, semua sama sahaja; dasar luar mereka terhadap Israel tidak akan berubah.Ayat contoh yang diberikan gramatis.Tatabahasa08.11.2012
Jadi, mengapa dlm laman web ini digunakan 'soalan baru', bukannya 'soalan baharu'? Adakah penggunaan Tahun Baharu Cina ini telah disahkan?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua perkataan tersebut membawa makna yang sama. Perkataan "baharu" bukan menggantikan kata "baru" tetapi variasi  kepada perkataan tersebut. Kedua-dua perkataan tersebut adalah tidak salah dan boleh dipakai. 

Tatabahasa06.01.2011
Jadi jika saya ingin mengekalkan perkataan 'teddy' di dalam ayat, walaupun saya perlu melakukan pemenggalan perkataan berdasarkan suku kata, apakah cara yang terbaik saya boleh lakukan ke atas perkataan ini?Ini kerana untuk memenggal perkataan saya perlu memberi warna yg berbeza (hitam-merah) untuk setiap suku kata.Pemenggalan perkataan teddy ialah ted-dy. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Webster New World Dictionary.Lain-lain17.05.2010
12345678910...

Kembali ke atas