| 1)sedia ada 2)semula jadi | 1)sedia ada 2)semula jadi | Ejaan | 29.11.2011 |
| Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: (1) Puan Soon menempatkan kertas makluman itu pada papan kenyataan pengawas. Kata "menempatkan" bermaksud "meletakkan sesuatu pada sesuatu", jadi ayat (1) bermaksud Puan Soon meletakkan kertas makluman itu pada papan kenyataan pengawas. Adakah keterangan ini betul? Adakah ayat saya betul? | Penggunaan perkataan menempatkan dalam konteks ayat yang tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 20.01.2015 |
| Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Guru Kemahiran Hidup menasihatkan cara memenggal kayu kepada murid-muridnya. Kata "menasihatkan" bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar. Jadi, ayat (1) bermaksud guru Kemahiran Hidup memberikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya atau bermaksud guru Kemahiran Hidup menjadikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya. | Ayat yang lebih betul : Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya atau Guru itu menunjuk cara memotong kayu kepada murid-muridnya. | Tatabahasa | 31.12.2014 |
| Tuan DBP, ayat manakah betul? 1. Berhati-hati dengan kereta semasa berada di jalan raya. 2. Berhati-hati akan/kepada kereta semasa berada di jalan raya. 3. Berhati-hati terhadap kereta semasa berada di jalan raya. Walaupun ayat yang lazim digunakan masyarakat ialah ayat (1), iaitu dengan penggunaan kata sendi nama "dengan", tetapi saya maklum bahawa kata sendi nama "dengan" bermaksud "bersama-sama", jadi, ayat (1) akan bermaksud: Berhati-hati bersama-sama kereta semasa berada di jalan raya. Maksudnya, seseorang disuruh berhati-hati bersama-sama kereta semasa seseorang dan kereta berada di jalan raya. Salah! Kereta bukan manusia, jadi tidak dapat membuat sesuatu aktiviti bersama dengan kita, jadi ayat (1) salah. Ayat (2) dan ayat (3) saya rasakan dapat diterima sebagai ayat betul. Apakah pandangan tuan? | Pandangan tuan betul, ayat kedua dan ketiga lebih gramatis dan tepat dari aspek makna. Walau bagaimanapun ayat pertama telah mantap dan banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan pepriksaan, sila rujuk guru di sekolah tuan. | Tatabahasa | 31.01.2015 |
| Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |
| Salam sejahtera. Setahu saya, -nya bermaksud dia punya. Jadi, jadi, yang manakah satukah antara ayat berikut adalahbetul? 1. Buku itu telah dipinjamnya. 2. Buku itu telah dipinjam oleh dia. Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan betul. | Tatabahasa | 03.08.2023 |
| Safuwan Fauzi ada kata baru,, Billion = Risa dan Dekna=1 Trillion, 1 risa=1 billion 1 dekna 1 trilion.agak2 kata baru ini boleh jadi "offical" rasmi tak bahasa Melayu baru? | Sekiranya perkataan baru ini banyak dan kerap digunakan, kemudian terakam dalam korpus, tidak mustahil ia akan menjadi perkataan rasmi bahasa Melayu. Bahasa kita hidup dan sentiasa berkembang. | Istilah | 12.06.2015 |
| salam sejahtera saya ingin menyemak perkara berikut untuk kepastian. 1) Jika perkataan "Jadi" digunakan di awal ayat, perlukah diikuti dengan koma? Contohnya, "Jadi, kita perlu makan epal" atau tidak perlu koma? 2) Apakah beza penggunaan "jual" dan "menjual" dalam konteks ini - "Ali jual kereta kepada Ahmad" atau "Ali menjual kereta kepada Ahmad", adakah kedua-duanya betul? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 851, perkataan “jadi” bermaksud berhasil, berjaya, dan banyak lagi maksud yang dirakamkan dalam kamus. Perkataan ‘jadi” tidak tergolong dalam kategori penanda wacana. Oleh itu, perkataan “jadi” tidak boleh digunakan pada awal ayat. Contoh ayat yang diberikan dalam soalan adalah tidak tepat. Ayat tersebut perlu dilengkapkan dengan ayat sebelumnya. Contohnya, “Kita telah kehabisan bekalan makanan, jadi kita perlu makan buah epal.” Tanda koma lazimnya digunakan sebelum perkataan “jadi”. SOALAN 2. Perkataan “menjual” merupakan kata kerja terbitan daripada kata dasar “jual” yang menerima awalan meN- yang membawa maksud perbuatan menjualkan atau menukar barang dengan wang. Oleh yang demikian, ayat “Ali menjual kereta kepada Ahmad” adalah gramatis dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 151 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 17.04.2024 |
| 1. lagu "Selamat Hari Jadi" atau 2.lagu Selamat Hari Jadi Mana satu baru betul?atau ada jawapan lain yang sesuai.tolong sertakan sebab. | lagu Selamat Hari Jadi - lagu ini telah diketahui umum dan dalam bahasa Melayu, penulisannya tidak perlu lagi dibubuh tanda petik. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
| Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. | Lain-lain | 01.10.2021 |