Tolonglah, jadikan Gerbang Kata lebih elok. Tiada langsung butang untuk ke Dunia Kata - Bual Kata. Saya terpaksa tulis alamat web ini sendiri http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx bagaimana mahu rakyat Malaysia menggembleng tenaga memperkaya bahasa Melayu jika lamannya tak mesra pengguna? | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
"Kenapa sudi jadikan bayi yang di buang sebagai anak sendiri?" Dari segi bahasa adakah ayat di atas adalah betul? Diharap pihak DBP boleh bagi kami cadangan ayat yang sesuai. Ini adalah bagi penerbitan Buku Program yang akan dicetak 18hb Mei 2012. | Ayat yang betul ialah Mengapakah anda sudi menjadikan bayi yang dibuang sebagai anak sendiri? | Tatabahasa | 24.04.2012 |
askm...soalan 1.Jadikan hari ini lebih baik_______hari semalam. a)dari b)daripada tolong berikan jawapan yang betul beserta rasionalnya terima kasih | 1.Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Kata sendi nama daripada digunakan untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 271. | Tatabahasa | 16.04.2010 |
Salam hormat, 1. Kertas itu kita boleh jadikan layang-layang. Adakah ayat di atas betul.Harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Kertas itu boleh kita jadikan layang-layang.' 'Boleh' ialah kata keterangan yang hadir selepas kata kerja atau selepas objek. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
ejaan bijibenih dekat atau perlu jarak jadikan dua perkataan? | Ejaan yang betul ialah biji benih. | Ejaan | 22.01.2012 |
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: jadikanku atau jadikan ku? Sekian, terima kasih! | Ejaan yang betul ialah "jadikanku". | Ejaan | 01.03.2021 |
Mereka membuat rondaan. Mereka membawa lampu suluh. Tolong jadikan ayat di atas menjadi ayat majmuk. Saya tidak tahu kata hubung apa yang boleh digunakan. Terima kasih... | Kata hubung yang sesuai ialah dan. Mereka membuat rondaan dan membawa lampu suluh. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu. | Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui. | Tatabahasa | 20.10.2011 |
Apakah perbezaan proaktif dan produktif ? Contoh soalan: Saya akan jadikan pagi ini pagi yang (proaktif/produktif). | Merujuk kamus terbitan terkini DBP, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): proaktif adj 1 (berkenaan dengan langkah, tindakan, fikiran dsb) jauh ke hadapan dan lebih baik drp jangkaan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb dgn cekap dan berkesan: Kerajaan negeri sudah merangka langkah proaktif bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup rakyat.Cara didikan anak-anak haruslah lebih proaktif, sesuai dgn perkembangan zaman. 2 (berkenaan dengan seseorang) mampu berfikir dan bertindak pantas serta jauh ke hadapan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb: Hanya ketua eksekutif yg benar-benar proaktif dan berwawasan berani membuat perubahan supaya syarikat lebih berdaya maju.Bank perlu lebih proaktif dlm mengambil langkah utk meningkatkan kepercayaan pelanggan mereka. produktif adj 1 (berkenaan dengan seseorang) berupaya atau mampu mengeluarkan hasil yg banyak atau menguntungkan: Golongan peniaga hendaklah lebih produktif dan mencari kaedah pemasaran yg lebih berkesan. Penulis perlu lebih produktif dan kreatif dlm berkarya. 2 (berkenaan dengan sesuatu) berkesan, bermanfaat dsb ke arah menghasilkan sst yg baik, berkualiti dsb: Kursus ini bertujuan utk melahirkan gaya hidup yg sihat dan produktif.Minggu ini merupakan minggu yg produktif. Farooq menyifatkan rundingan itu amat produktif kerana pelbagai syor yg berbeza dibincangkan. 3 (berkenaan dengan wanita, tanaman dsb) berupaya melahirkan anak atau membiak: Dia masih produktif dan telah melahirkan anak yg kelima dlm usia 40-an. Penggunaan dan pemilihan kata adalah bergantung kepada maksud dan konteksnya. Maka, Saya akan menjadikan pagi ini pagi yang produktif. | Makna | 04.06.2023 |
boleh saya tahu perkataan "fitnah" berasal dari mana ya? saya ingin jadikan rujukan.. | Salam sejahtera, Perkataan fitnah berasal daripada Bahasa Arab, namun setelah dimelayukan, perkataan tersebut tidak lagi menepati makna asalnya. | Lain-lain | 16.11.2012 |