| Tuan.... yang mana satu betul.. 1. Saya menunaikan permintaannya kerana esok adalah hari jadinya . atau... 2.Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . Penggunaan ialah atau adalah yang betul... TQ | Ayat yang betul ialah ayat no. 2. Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . | Tatabahasa | 05.09.2013 |
| Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya. Apakah 2 kesalahan ayat di atas? | Ayat yang betul ialah Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana negara ini kaya dengan sumber semula jadinya. | Tatabahasa | 23.01.2008 |
| Assalamualaikum.. Antara dua ayat berikut, yang manakah lebih betul dan tepat. 1. Lokman meniup lilin yang ada di atas kek hari jadinya 2. Lokman menghembus lilin yang ada di atas kek hari jadinya. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll. | Lain-lain | 20.02.2011 |
| Yati menjemput rakan-rakannya menghadiri majlis hari jadinya pada minggu hadapan. (tuan, mengapa ikut buku rujukan, menjemput adalah salah ?) | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud menjemput ialah mengajak atau menyilakan datang; mengundang. Oleh itu, menjemput boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Makna | 03.08.2011 |
| maksud kesiapsiagaan.. tren atau trend? | Siap siaga bermaksud siap sedia, jadinya kesiapsiagaan bermaksud kesiapsediaan. | Makna | 24.11.2010 |
| Salam sejahtera. Saya memerlukan sedikit pencerahan berkaitan istilah "preserve" yang digunakan untuk merujuk kawasan dipelihara alam semula jadinya untuk dilawati oleh pengunjung. Bolehkah dinamakan kawasan itu sebagai kawasan simpan? Adakah berbeza dengan kawasan yang dikatakan "reserve" yang juga membawa maksud "simpan", misalnya hutan simpan. Terima kasih. | Preserve membawa maksud memelihara sesuatu supaya dapat disimpan lama. 2. Melindungi sesuatu kawasan seperti hutan dan lain-lain daripada dirosakkan atau pupus. Istilah "preserve" biasanya digunakan untuk merujuk kepada "awet", manakala istilah "reserve" merujuk kepada "simpan". | Penyemakan dan penterjemahan | 20.01.2015 |
| Apakah format dalam penulisan lirik lagu? Bagaimana tanda baca yang perlu digunakan? Contoh: Guru tersayang, guru tercinta Tanpamu, apa jadinya aku Tak bisa baca, tulis, mengerti semua hal Guruku, terima kasihku | Salam puan yang budiman, Berkenaan dengan pertanyaan ini, puan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.08.2025 |
| Dari Kuala Lipis ke Jerantut, Bera dan Kuala Rompin, mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kaya dengan keindahan sumber semula jadinya, dengan flora, fauna, sungai, tasik dan pantai yang tinggi [nilai eksotikanya (atau nilai eksotiknya).. yg mana betul?] | Puan Rahemah, Perkataan yang betul ialah eksotik yang bermaksud luar biasa atau keistimewaan. | Ejaan | 10.03.2010 |
| apakah maksud intan tersalah canai? | Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum. | Lain-lain | 22.06.2008 |
| AlhamduLILLAH, Berbanyak terima kasih ... maafkan saya menggunakan Bahasa Melayu yang longgar ... begitulah kiranya saya menhayati bahasa ibunda ini online ... Bertanya lagi ... apakah boleh kita terjemahkan LEADING sebagai MERAJU Jadinya LEADING LEARNING - MERAJU PEMBELAJARAN Apa pula bunyinya jikalau saya terjemahkan begini: Learning engagement - Keterlibatan pembelajaran Learning disengagement - Ketidakterlibatan pembelajaran Sekali lagi memohon maklumbalas dan berbanyak terima kasih hjhmisna * saya telah kemukakan persoalan di atas melalui emel ... mungkin di sini sepatutnya saya panjangkan ... terima kasih | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Perkataan "meraju" tidak ada dalam bahasa Melayu. Perkataan meneraju pembelajaran, keterlibatan pembelajaran dan ketidakterlibatan/ketakterlibatan pembelajaran adalah betul dan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 30.11.2012 |