Tuan, Soalan saya. Jadual bertugas itu ditampal pada papan kenyataan. atau....Jadual tugasan itu ditampal pada papan kenyataan. awapan saya jadual tugasan kerana... kalau jadual bertugas .. ibarat jadual yang bertugas...apa komen tuan ? TQ | Pihak kami mencadangkan Jadual Petugas, iaitu orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja ; atau Jadual Tugas .1. = sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Saya nak tampal jadual bertugas murid-murid di papan kenyataan.Mana satu yang sesuai digunakan sebagai tajuk jadual tersebut?Jadual Bertugas Murid-murid tahun 6 atau Jadual Tugas Murid-murid tahun 6 atau ada frasa lain yang lebih betul? | Ayat yang betul ialah "Jadual Tugas Murid-murid Tahun 6". | Tatabahasa | 02.06.2012 |
jadual bertugas harian atau jadual tugasan harian | Jadual Bertugas Harian | Tatabahasa | 12.01.2013 |
MANA YANG BETUL PENGGUNAANNYA: JADUAL BERTUGAS HARIAN ATAU JADUAL TUGASAN ATAU JADUAL TUGAS BOLEH ULASAN SEBAB PERKATAAN ITU DIGUNAKAN TERIMA KASIH | tugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; - bertugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan Jadual Bertugas Harian lebih baik.
| Lain-lain | 26.08.2014 |
Sala sejahtera, 1. Cadangan Jadual Kem Motivasi 2. Jadual Cadangan Kem Motivasi 3. Jadual Kem Motivasi Cadangan Yang manakah betul dan tepat ? Terima kasih. | Untuk makluman, yang paling tepat ialah Cadangan Jadual Kem Motivasi | Lain-lain | 29.03.2017 |
Penggunaan yang betul antara Pusat Membeli -belah atau Pusat beli-belah. Jadual bertugas @ jadual tugasan? | 1.pusat beli-belah 2.jadual tugasan | Tatabahasa | 02.08.2007 |
ayat manakah yang betul, dan mengapa? i. sila rujuk pada jadual... ii. sila rujuk kepada jadual... iii. sila rujuk jadual... | Frasa yang betul ialah "sila rujuk jadual". | Tatabahasa | 06.05.2015 |
Tuan, jadual tugasan atau jadual bertugas... pusat membeli belah atau pusat beli belah ? TQ | Puan Rohani Jadual bertugas yang lebih baik. Yang betul ialah pusat beli belah | Tatabahasa | 09.03.2010 |
Dalam penulisan laporan, isu/perkara yang dilaporkan biasanya akan disokong dengan maklumat lanjut dalam jadual. Saya ingin tanya, mana yang betul atau lebih sesuai? 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: 2. Butiran terperinci seperti di jadual berikut: 3. Butiran terperinci seperti di dalam jadual berikut: 4. Butiran terperinci adalah seperti dalam jadual berikut: 5. Butiran terperinci adalah seperti di jadual berikut: 6. Butiran terperinci adalah seperti di dalam jadual berikut: | Jawapan yang sesuai ialah 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: | Tatabahasa | 08.04.2015 |
jadual tugasan atau jadual betugas? Kenapa? | Puan Rohani tugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; - betugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan jadual bertugas lebih baik. | Makna | 09.03.2010 |