Salam sejahtera encik. Encik, Saya ingin memdapatkan kepastian tentang ketepatan penggunaan perkataan dalam 2 ayat berikut: 1. Ketika muda dahulu, Pak said digelar jaguh memanjat pokok kelapa. *** Adakah penggunaan perkataan 'memanjat' betul? Ataupun yang tepat ialah 'pemanjat'? Pada pendapat saya kata kerja tidak boleh ada dalam frasa nama. 2. Penyenayah itu saling berbalas tembakan dengan pihak polis. ***Adakah penggunaan "saling berbalas" betul? Adakah berlaku kelewahan bahasa? Pada pendapat saya, 'berbalas' sudah membawa maksud 'saling'. Diharapkan encik dapat memberikan pencerahan terhadap kekeliruan di atas. Terima kasih. | 1. Frasa yang betul ialah jaguh panjat pokok sama seperti jaguh tinju. . 2. Ayat yang betul, penjenayah itu saling menembak atau penjenayah itu berbalas tembakan. | Tatabahasa | 09.05.2016 |
Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. TOLONG......TOLONG DBP. HENTIKAN PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN NI. KEMPEN NI CUMA LAYAK MASA AWAL2 MERDEKA DULU. TAPI SELEPAS LEBIH LIMA DEKAD MERDEKA, KEMPEN INI BAGAI SATU PENGHINAAN PADA BAHASA UTAMA (kononnya) NEGARA INI APALAGI MENTERI2 PUN NAMPAK LEBIH SERONOK BERBAHASA PENJAJAH.... | Terima kasih atas makluman dan komitmen tuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami juga mengambil maklum cadangan tuan mewujudkan semula pengiktirafan kepada pihak media yang sama-sama berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk makluman tuan juga, Bulan Bahasa Kebangsaan akan terus dilaksanakan kerana peri pentingnya mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan dan memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan wahana perpaduan. | Lain-lain | 29.10.2014 |
Salmiyah Umar Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman tuan, DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa dalam media elektronik. Kami bersetuju dengan pendapat tuan, ada rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayuyang menjadi citra kebangsaan. | Lain-lain | 21.04.2014 |
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pusaka untuk cadangan menterjemah bagi 'System Champion' dalam Bahasa Malaysia. Untuk pengetahuan pihak tuan, 'system champion' di sini bermaksud "The key player in a particular organization, is the most important people involved in it." Saya mengguna "sistem campian" tetapi dikatakan tidak sesuai, oleh demikian saya harap pihak Dewan Bahasa dan Pusaka boleh membantu saya memberi cadangan yang terbaik. Hasil kerjasama pihak tuan akan membantu dalam pegetahuan pendidikan dan penyelidik di masa depan. Dengan ini, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, Deborah L. Paris | Cadangan untuk perkataan "System Champion" dalam bahasa Melayu mengikut huraian yang diberi: Jaguh Sistem | Makna | 24.04.2018 |
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |