Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ayam jantan; 2. calon (dlm sesuatu pemilihan): dlm pilihan raya yg akan datang dialah ~ UMNO di kawasan ini; 3. = jagoan Jk orang yg terkemuka (ahli) dlm sesuatu lapangan: Rustam seorang ~ politik; ~ gelut orang yg suka berkelahi (bergomol); ~ kapuk Id bekas pemain (bola dsb); ~ keprok Id ark orang yg menjadi tukang pukul; ~ tinju johan tinju, orang yg kerjanya bertinju; menjaguhi menjadi jaguh (terkemuka) dlm (sesuatu bidang dsb): dia memang berusaha keras utk ~ permainan itu kali ini; menjaguhkan menjadikan calon, men­ca­lon­­kan; kejaguhan perihal menjadi jaguh (orang yg ahli dlm sesuatu lapangan), kehandalan, ke­unggulan: Bahri memperlihatkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jaguh
Rujuk :juara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. <i>do battle with,i> bertempur dengan: <i>America fought Japan for three years,i> Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. <i>contend with in physical combat,i> berlawan: <i>my father fought the burglar with his bare hands,i> bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. <i>oppose,i> menentang: <i>the senator fought the bill with determination,i> senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; <i>we are going to ~ the action,i> kami akan menentang tindakan itu; 4. <i>strive to overcome;i> a. (<i>disease, social evili>) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (<i>firei>) melawan; c. (<i>fear, paini>) melawan; 5. (<i>in boxingi>) berlawan (tinju) dgn: <i>he fought the champion until the third round,i> dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013

Kembali ke atas