Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hit] | جاهيت

Definisi : menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenis­nya: ~ cengkam; ~ bunga padi; ~ lubang; ~ sang­kut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit; berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; jahit-menjahit pekerjaan menjahit (mem­buat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~; menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit; penjahitan perbuatan (kerja) menjahit; penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hit] | جاهيت

Definisi : perbuatan (hal, cara) melekatkan sesuatu dgn menggunakan jarum dan benang: ~ jelujur; ~ bunga padi; tukang ~ orang yg membuat pakaian. berjahit (telah) dijahit: Dua helai kain batik itu siap ~. menjahit 1 melekatkan sesuatu (spt mengelim dll) dgn menggunakan jarum dan benang: ~ dgn mesin, lebih cepat drpd ~ dgn tangan. 2 membuat pakaian: Kakak sedang ~ baju saya. jahitan 1 benda yg dijahit: ~nya belum siap lagi. 2 hasil menjahit; cara menjahit: ~ mesin jahit ini halus. penjahit 1 tukang jahit. 2 jarum yg digunakan utk menjahit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahit (kata kerja)
Bersinonim dengan sembat, jelujur, jerumat, sulam, tekat, suji, kelim;,
Kata Terbitan : berjahit, menjahit, jahit-menjahit, jahitan, penjahit,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat "Ibu jahit baju itu" boleh diterima sebagai ayat yang betul ? Adakah perkataan "jahit" dalam ayat di atas telah mendukung maksud yang sama dengan "menjahit"Ibu jahit baju itu ialah ayat pasif manakala Ibu menjahit baju itu ialah ayat aktif. Tatabahasa25.03.2008
Peggunaan istilah 'Tukang Jahit Trishala Tailoring' di papan tanda untuk lesen papan tanda dan premis perniagaan DBKL.Ungkapan yang betul untuk penamaan tersebut ialah "Tukang Jahit Trishala".Tatabahasa13.06.2011
mempersetujui pendapat.... betul ke? atau bersetuju dengan pendapat? tukang jahit lelaki betul ke frasa ini?

1. mempersetujui pendapat - betul

2. bersetuju dengan pendapat - betul

3. tukang jahit lelaki - betul

Lain-lain16.09.2009
Bolehkan perkataan tetas digunakan untuk maksud "memutuskan tali". Jika tidak, apakah cadangan perkataan yang sesuai untuk digunakan?Antara maksud tetas, menetas ialah memotong benang pada jahitan dan lain-lain supaya terbuka dan tali tidaklah digunakan dalam kerja jahit-menjahit atau seumpamanya, oleh itu perkataan tetas tidak sesuai digunakan untuk maksud memutuskan tali. Saya cadangkan saudara menggunakan perkataan yang lebih umum maksudnya seperti potong.Tatabahasa15.12.2009
Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Ini adalah berkaitan dengan cara sesebuah buku itu dijilidkan. Terima kasih.Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Betul iaitu 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' bermaksud blok buku dijilid secara perfect sama ada di jahit benang terlebih dahulu atau terus secara jilidan sempurna atau perfect binding. Sekian terima kasih.Lain-lain28.01.2010
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu?Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. Lain-lain20.03.2008

Kembali ke atas