Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jalaluddin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam,saya pelajar UM yang sedang menjalankan kajian mengenai sistem ejaan jawi yang digunapakai oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dalam karyanya yang terdapat di ANM. Tajuk kajian saya " Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan Jawi Awal Abad ke 20 : Kajian terhadap Karya Sheikh Tahir Jalaluddin". Saya ingin bertanya pihak DBP mengenai siapa yang patut saya tanya @ temubual serta prosedur apakah yang perlu saya lakukan bagi mengesahkan kaedah tulisan Jawi yang digunakan oleh Sheikh Tahir? Sekian,terima kasih...Waalaikumussalam.

Untuk bertanyakan soalan tentang Sistem Tulisan Jawi Awal Abad Ke-20, kami cadangkan puan menghubungi tuan Haji Hamdan Abdul Rahman di talian 013 3472346.  Terima kasih.
Penyelidikan08.12.2014
ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan bahasa dalam sektor awam.adakah buku mengenai penggunaan bahasa dalam sektor awam diterbitkan?boleh senaraikan.terima kasih.

Bahasa Malaysia: pandangan pentadbir di sektor awam | A. M. S | Pelita Bahasa | 01/03/1989 | Terperinci

Bahasa Melayu di sektor awam: penggunaannya bagaimana? | Jalaluddin">Nor Hashimah Jalaluddin | Jalaluddin">Dewan Bahasa | 01/08/2001 | Terperinci

Kecemerlangan berbahasa Melayu di sektor awam | Abang Patdeli Abang Muhi | Pelita Bahasa | 01/12/1995

Lain-lain24.03.2008
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi?Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk.Lain-lain04.09.2007
apakah konsep makna simbolik dalam semantik bahasa melayu?

Sila rujuk bahan seperti dibawah :

1. Semantik dan pragmantik: satu pengenalan / Norhashimah Jalaluddin, DBP : 1992 

2. Menerokai struktur semantic / Nida, Eugene Albert, DBP : 1996

  3. Semantik / Palmer, F. DBP : 1989

  4. Apa itu semantic / Ismail Jusoh, Pelita Bahasa : November 1998

  5. Perkembangan semasa teori semantic / Awatif Muhammad, Pelita Bahasa : Disember 1998

  6. Persoalan semantic dalam analisa transformasi / Nik Safiah Karim, Dewan Bahasa : Jun 1978

  7. Perwakilan pelbagai paras : satu analisis semantic / Jumiya Ahmad, Jurnal Dewan Bahasa : September 1997

 

Lain-lain08.07.2008
1.apakah buku terbaru terbitan DBP mengenai dialek di malaysia? 2.saya berminat untuk menemubual DBP officer untuk kerja lapangan mengenai dialek di Malaysia, siapakah yang patut saya hubungi.. terima kasihKajian dialek banyak dilakukan di university oleh beberapa orang sarjana seperti Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, Prof. Dr. James T. Collins dan Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin. Tuan boleh merujuk buku-buku tulisan mereka untuk mendapatkan maklumat kajian dialek. Kajian dialek juga dilaksakan oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa. Tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, Puan Aminah binti Awang Basar melalui talian 03-21479676 atau e-mel aminah@dbp.gov.my.Lain-lain09.06.2015
salam.. saya berminat untuk mengetahui lebih banyak mengenai dialek melayu di Malaysia. i have gone through Dr. Asmah works, Dr Majid.. do you have any suggestion list that i can look into? thank you.Antara sarjana yang banyak membuat kajian dialek ialah Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, Prof. Dr. James T. Collins  dan Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin.Lain-lain20.05.2015
Bagaimanakah cara tulis nota kaki buat rujukan yang disunting serta diterjemah daripada bahasa lain? Dalam kata lain, bagaimanakah cara tulis singkatan 'ed.' (edited by) dan 'trans.' (translated by) dalam Bahasa Melayu? Setahu saya, 'trans.' dalam Bahasa Melayu ialah 'terj.' Bagaimana pula untuk ed. (edited by)? Adakah dalam BM 'ed.' menjadi 'sunt.'? Sehubungan dengan itu, adakah kaedah dibawah, yang mengejakan 'suntingan' dan 'terjemahan' secara penuh dan meletakkan maklumat tersebut antara parantheses, tepat? Jalaluddin Rumi, The Mathnawi, (suntingan dan terjemahan Reynold A. Nicholson), (Cambridge: Gibb Memorial Trust, 1982). Bantuan pihak Khidmat Nasihat amat dihargaiDalam bahasa Melayu, tiada singkatan digunakan bagi nota kaki rujukan untuk suntingan dan terjemahan. Penggunaan perkataan yang diberikan oleh puan boleh digunakan, terjemahan dan suntingan Reynold A. Nicholson.Lain-lain08.01.2020
Cikgu, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk sengau"? 2. Apakah maksud "daerah artikulasi" dan "homorganik"? 3. Adakah soalan saya dalam no.1 dan no.2 terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Jika terdapat cikgu sila nyatakan muka surat tersebut. Terima kasih.1. Sengau adalah dengan bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd perkataan ini, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf).

2. Artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b.

Tidak ada maklumat terperinci tentang ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.  Saya cadangkan puan mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad.
Tatabahasa07.05.2014
Saya ada beberapa orang kawan dari korea, mereka termasuk anak mereka hendak belajar Bahasa melayu dari paling basic. seperti sutu kata sehinggga boleh buat pertuturan. saya tidak dapat cari buku panduan and latihan yang sesuai untuk tujuan ini. kalau ada set buku panduan dan latihan untuk beginner, bolehkah pihak anda kenalkan kepada saya? terima kasih.

Ada beberapa judul buku yang boleh kami cadangkan untuk belajar bahasa Melayu, antaranya:

 

1. Untuk peringkat asas/permulaan:

  (a)   Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 1 (Berserta CD)

oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman

(b)   Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 2 (Berserta CD)

oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman

(c)   Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan (buku bacaan tambahan)

(d)   Siri KIA2M

(e)   Buku-buku teks Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah (dari Tahun 1 hingga Tahun 6) berserta buku-buku Latihan dan Aktiviti. 

 

2. Untuk peringkat pertengahan dan lanjutan:

(a)   Bertutur dengan Fasih (Speak Malay Fluently)

oleh Norizah Ardi dan Hasbi Yusoff

(b)   Perbualan Asas Bahasa Melayu

oleh Anwar Ridhwan

(c)   Bahasa Melayu untuk Penutur Asing

oleh Norhashimah Jalaluddin, Madian Omar dan Norzilawati Jais

(d)   Peribahasa dan Ungkapan Inggeris-Melayu

  oleh Amir Muslim

(e)   Tatabahasa Bahasa Melayu Digital (CD)

oleh DBP dan Multimedia University

(f)   Tatabahasa Dewan Edisi Ke-3

oleh Nik Safiah Karim et. al.

(g)   Nahu Melayu Mutakhir

oleh Asmah Hj. Omar

 

Buku-buku tersebut boleh didapati di pasaran atau di Kedai Buku Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. 

Lain-lain29.04.2010

Kembali ke atas