Salam. Saya arkitek dari Ipoh. Ada satu projek di Bandar Universiti Seri Iskandar. Developer nak guna nama "Jalan Lakeville" untuk Nama Jalan, sebab jalan-jalan di lot sebelah sudah lulus sebagai Jalan Lakeville pada tahun 2014. Pegawai daripada Majlis Daerah Perak Tengah suruh kami dapat kelulusan daripada DBP untuk mengunnakan nama "Lakeville". Kami ingin tanya DBP, apakah prosedur kalau nak mohon "Lakeville" sebagai nama khas? | DBP tidak boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Inggeris. DBP hanya boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 07.04.2017 |
antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. | 1. Penyenggara Jalan dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara. 2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
Salam Tuan/Puan, Menurut Kamus Dewan (2004), "denai" merujuk kepada jejak binatang di hutan (semak, belukar dll). Saya kurang pasti sama ada "denai" juga boleh digunakan bagi merujuk jalan-jalan kecil di dalam hutan. Atau ada apa-apa perkataan yang lebih sesuai bagi merujuk lorang/jalan-jalan kecil yang berliku-liku di dalam hutan/belukar? Sekian, terima kasih. | Seperti yang tuan maklum, denai ialah jejak binatang. Ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan bagi merujuk jalan kecil atau lorong di dalam hutan seperti jalan serap yang bermaksud jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui) dan rintisan, iaitu jalan kecil yang baru dibuka dalam hutan. | Istilah | 05.11.2012 |
biasanya kita mengatakan 'kesesakan jalan' tetapi adakah 'sesak jalan' atau 'jalan sesak' dianggap betul? terima kasih. | Frasa yang betul ialah sesak/kesesakan di jalan raya atau jalan sesak. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas. | DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar. | Istilah | 14.10.2016 |
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia Saya penolong pengarah di Bahagian Kawalselia Penyenggaraan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Saya ada kekeliruan dalam penggunaan perkataan (term) "nombor" atau "kod" situasinya ialah Jalan Persekutuan, Jalan Negeri & Lebuhraya mempunyai nombornya sendiri. Nombor ini ada ditulis di setiap nama jalan pada papan-papan tanda jalan. Sebagai contoh: 1. Jalan Persekutuan – FT01(Jalan Seremban ke KL). FT02, FT03 dan sebagainya bagi jalan-jalan lain. 2. Jalan Negeri – B01(abjad B bagi negeri Selangor dan 01 nombor jalan), 3. Lebuh Raya – E01(Lebuhraya Utara Selatan PLUS) Pertanyaan saya, adakah nombor ini sesuai disebut Nombor Laluan Jalan atau Kod Laluan Jalan atau ada cadangan lebih sesuai. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan nombor ialah tanda yang menyatakan bilangan, manakala kod bermaksud serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat. Berdasarkan huraian makna tersebut penggunaan istilah "kod" lebih tepat digunakan dalam konteks yang tersebut. | Lain-lain | 18.09.2012 |
Salam, bolehkah saudara@saudari maklumkan saya simpulan bahasa yang bermula dengan 'jalan' selain jalan tengah & jalan belakang berserta maksudnya? Terima kasih. | Contoh yang lain ialah jalan buntu yang bermaksud tidak ada kata sepakat dan jalan bahasa bermaksud cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus simpulan bahasa yang banyak terdapat di pasaran. | Lain-lain | 02.05.2013 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Salam ceria, Jalan tegak Jalan lurus Yang manakah betul penggunaan kata adjektif untuk jalan? | Jalan lurus. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
adakah penggunaan nama jalan dengan menggabungkan perkataan Jalan Persiaran boleh diterima.? ataupun hanya perlu memilih salah satu sahaja. ini kerana perkataan Persiaran tiada maksud yang jelas ianya berkaitan dengan Jalan. | Dalam buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan DBP, persiaran bermaksud tempat atau jalan untuk bersiar-siar; dan jalan raya dalam kawasan perumahan. Pihak tuan hendaklah memilih salah satu sahaja, sama ada persiaran atau jalan dalam penamaan nama jalan. | Tatabahasa | 14.10.2016 |