Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualikum dan salam sejahtera. Soalan saya, adakah penggunaan frasa "jalan cerita" dalam ayat ini sesuai untuk kajian sastera? Ayatnya adalah 'Kepentingan watak sampingan dalam perkembangan jalan cerita'. Terima kasih.Frasa "Jalan Cerita" boleh digunakan.Tatabahasa17.10.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, di dalam kajian sastera, apakah perbezaaa anatar jalan cerita, teknik plot dan teknik penceritaan? Adakah jalan cerita itu merangkumi teknik plot dan juga teknik penceritaan? Terima kasih.Teknik plot  atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya.Sastera22.07.2013
Adakah padanan "gameplay" ialah corak permainan? Gameplay merujuk kepada gabungan ciri-ciri permainan, jalan cerita dan cara permainan tersebut dimainkan.Cadangan padanan bagi istilah gameplay dalam bahasa Melayu ialah tatamain. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.01.2025
Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah Bahasa Inggeris - character driven Contohnya ayat; Kebanyakkan skrip dokumentari mutakhir, menggunakan kaedah character driven di mana jalan cerita digerakkan oleh seseorang watak atau personaliti utama.Kami mencadangkan perkataan character driven diterjemahkan kepada dorongan watak.Penyemakan dan penterjemahan26.04.2015
Assalamualaikum, saya seorang guru sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni visual. saya telah hasilkan sebuah novel grafik /komik berilmiah untuk bacaan kanak-kanak, mempunyai jalan cerita seperti sebuah komik tetapi berteraskan pendidikan pengkhususan nutrien pemakanan, ia telah disemak oleh pegawai zat makanan daerah di sekolah. Adakah pihak tuan boleh mencadangkan bagaimana untuk saya mengetengahkan karya ini ke pasaran? untuk makluman, sebelum ini saya telah pun menghasilkan sebuah novel grafik/ komik yang lain untuk syarikat penerbitan buku Pekan Ilmu Publication, ianya telah diterima, namun hampir 2 tahun ia masih tidak diterbitkan.Salam Sdr. Yazid, Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku dalam bentuk komik. Sekiranya novel sdr. telah lengkap (teks dan ilustrasi), bolehlah diajukan ke DBP untuk dinilai. Memang pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan karya/buku informatif kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang karya yang telah diberikan kepada syarikat lain (menunggu untuk proses penerbitan). Sila hantar manuskrip kepada Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain14.06.2012
Golongan muda merupakan generasi yang amat berpengaruh dalam sesebuah novel. Apakah definisi 'golongan muda' dan tafsirannya berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda? Apakah kesan pemaparan golongan muda terhadap jalan cerita sesebuah novel? Apakah tafsiran sikap individuistik berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara?Secara umum golongan muda yang dimaksudkan ialah penulis muda dalam kesusasteraan kebangsaan yang lingkung umur mereka sekitar 18 tahun hingga 40 tahun. Berkaitan dengan soalan 'kesan pemaparan penulis muda dalam sesebuah novel' memerlukan satu kajian yang boleh dibuat berdasarkan satu atau beberapa buah karya yang dihasilkan oleh penulis muda dalam lingkungan umur di atas.  Begitu juga dengan soalan berkaitan dengan 'tafsiran sikap individulistik' penulis muda juga memerlukan kajian.Lain-lain20.06.2010
Salam sejahtera, Saya berminat untuk membuat blog saya sendiri pada masa akan datang dan buat masa ini, saya ada menulis beberapa karya. Karya saya dipaparkan di platform media sosial tetapi identiti saya tidak disiarkan. Ada komen mengatakan karya saya mirip karya orang lain. Saya berasa bahawa tema kedua-dua karya sama tetapi jalan cerita berlainan. Saya hanya membaca sinopsis karya yang lain di website saja. Adakah karya saya plagiat? Bolehkan pihak encik/cik berikan nasihat?

Berdasarkan Seksyen 26 (1), Akta Hak Cipta, sesuatu karya itu adalah terletak hak mula-mulanya kepada pencipta. Hak moral kepada pencipta juga boleh dirujuk dalam Seksyen 25, Akta Hak Cipta.

Untuk makluman tuan, hak cipta yang diberikan kepada pemilik hak cipta mengawal pengeluaran semula karya dalam apa-apa bentuk. Perkara ini dinyatakan dalam Seksyen 13(1), Akta Hak Cipta 1987.

Kegiatan plagiat adalah perbuatan yang tidak bermoral dan merupakan satu bentuk pelanggaran hak cipta di bawah seksyen 36 (1) Akta Hak Cipta 1987. Setakat ini tiada kaedah khusus untuk mengesan kegiatan plagiat. Walau bagaimanapun, terdapat aplikasi di pasaran yang boleh membantu kita mengesan kegiatan plagiat.

Tuan juga boleh menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan membuat permohonan pemberitahuan sukarela hak cipta untuk memudahkan pembuktian karya asli ciptaan tuan. Hal ini sejajar dengan Seksyen 26(A)(1) Akta Hak Cipta 1987.

Lain-lain06.04.2023
Saya telah menulis sebuah novel aksi. Inilah percubaan pertama saya, walaupun terpaksa mengambil masa lebih dari 5 tahun untuk disiapkan. Saya telah cuba menghantar di beberapa penerbit namun ditolak kerana tidak memenuhi syarat syarikat seperti jumlah muka surat yang melebihi standard mereka, tidak boleh menulis jalan cerita yang ada potensi untuk disambung dan lain-lain walaupun mereka suka dengan jalan ceritanya. Bolehkah saya cuba untuk menghantar di DBP dan di terbitkan disini? Saya telah cuba untuk menghubungi cik Azura untuk bertanya terus kepadanya namun panggilan tidak diangkatAssalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi editor di Bahagian Buku Sastera melalui talian telefon 03-21479000.Lain-lain05.03.2019
Saya telah membaca novel Pelari Muda Edisi Pelajar (2014). Saya dapati ada kekeliruan dari segi latar masa. Novel ini menceritakan tentang Sukan SEA yang ke-14 di Bangkok (berlaku sekitar tahun 1985) tetapi dalam bab akhir menceritakan tentang kontijen Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bukankah nampak ketara perbezaan latar masa di situ? KLIA mula beroperasi pada tahun 1998. Lagi pun jalan cerita dalam novel ini menunjukkan tahun-tahun 1980-an.Salam. Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Pihak kami akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kekeliruan dari segi latar masa dalam novel tersebut sebelum pihak kami mengambil tindakan selanjutnya. Sekian terima kasih.Lain-lain06.01.2015
Salam. Saya penulis baru yang kosong berkenaan ilmu penulisan. Namun, saya telah menghasilkan sebuah manuskrip bertajuk Pontianak Menggatal- datang tanpa diseru! Dalam manuskrip ini terdapat satu watak, Tok Ketua, yang bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya Soalan saya, adakah penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan dalam novel. Terima kasih.
Dalam penulisan karya kreatif, pengarang seharusnya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Walau bagaimanapun, dalam dialog terdapat sedikit kelonggaran kerana dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan. Penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan dalam dialog sekiranya benar-benar perlu dan bersesuaian dengan jalan cerita yang hendak disampaikan. Perkataan atau dialog dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.
Lain-lain07.12.2020
123

Kembali ke atas