Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Afif Abd RahmanView Profile THURS 15:29 Afif Abd Rahman Afif Assalamualaikum. Saya nak tanya, adakah maksud D/A di dalam satu alamat ialah "Di alamat" ? Saya ingin merujuk kepada contoh alamat ini: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, D/A Hospital Permai Lama, Jalan Persiaran Permai Bagaimanakah cara penggunaan D/A? Harap dapat membantu. Terima kasih.Wassalam, Tuan, singkatan tersebut merujuk "Di alamat". Sekiranya ditulis dalam penulisan, singkatan yang betul ialah "d.a." sama seperti "salinan kepada" s.k.Lain-lain03.11.2016
Saya baru saja berpindah kedai dari alamat No.13, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor ke kedai yang baru di alamat No. 8, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Kelulusan papan iklan kedai lama seperti di lampiran dan no. rujukan pengesahan ialah DBP/KPB/201306/02427 tarikh 09/06/2013. Saya juga telah memindahkan papan iklan yang sama ke kedai yang baru tanpa ada apa-apa perubahan pada papan iklan tersebut. Saya masih mengekalkan syarikat yang sama dan nama kedai yang sama bagi kedai saya yang baru. Perlukah saya memohon semula kepada DBP untuk kelulusan yang baru kerana saya akan memohon lesen perniagaan dari MBSA bagi kedai di alamat yang baru. Saya tidak lagi menjalankan perniagaan bagi White House Fashion di kedai yang lama. Sekian, terima kasih.

Masalah ini perlu dikemukakan kepada MBSA kerana DBP hanya mengesahkan bahasa Melayu sahaja dan perkara ini adalah di luar bidang kuasa DBP.

Lain-lain18.12.2013
1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan.
2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.
3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama.
4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka.
5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu.
6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh.
7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini.
8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub".
10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan.
Tatabahasa07.05.2020
sila jelaskan makna "siarkaki" -Siar kaki ialah iatilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki. Harap maklum.Makna04.08.2008
Adakah perkataan "di mana" boleh digunakan selain untuk pertanyaan. Bagaimana pula dengan kenyataan "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan."Perkataan "Di mana" hanya digunakan sebagai kata tanya.  Bagi frasa "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan", penggunaan "di mana" digunakan kerana frasa tersebut merupakan peribahasa dan ungkapan Melayu  yang telah lama, mantap dan lazim digunakan.Tatabahasa29.08.2013
Assalamualaikum. Adakah ada perbezaan antara siar kaki dan kaki lima?Siar kaki ialah istilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki.Istilah05.02.2015
di manakah saya boleh merujuk perkataan yang dieja menggunakan ejaan lama seperti nama tempat. Contohnya Cherok, machang, alma, bubokUntuk makluman puan,  tidak ada satu garis panduan khusus  atau rujukan khusus oleh masyarakat dahulu untuk menamai tempat   dengan  menggunakan sitem ejaan lama.  Contohnya, Cherok, Machang, Bubok, dan sebagainya. Kemudian, nama tempat tersebut diwartakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.  Walau bagaimanapun, kini DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua untuk rujukan dan panduan untuk masyarakat atau pihak berkuasa tempatan untuk menamai sesuatu tempat atau daerah.Lain-lain19.03.2009
Assalamualaikum... Pertanyaan saya masih berkisar tentang surat kiriman rasmi yang enjadi pegangan atau amalan DBP. 1. Benarkah amalan meletakkan tanda baca pada alamat penerima dan alamat pengirim selepas tandatangan merupakan amalan lama dalam penulisan surat rasmi. Sekarang dikatakan tanda baca tidak perlu diketakkan pada setiap ayat alamat penerima dan pengirim. Amalan DBP bagaimana? 2. Tanda tiga titit (...) diletakkan jika ada lampiran. Adakah ini juga menjadi amalan DBP sebab ada pandangan mengatakan tanda tersebut sebagai penulisan gaya yang lama. Mohon penjelasan DBP. Terima kasihSalam,

1. Pertanyaan tuan kurang jelas. Akan tetapi, untuk makluman, tanda baca, iaitu tanda koma dan noktah masih digunakan dalam penulisan alamat. Tanda koma digunakan untuk mengasingkan antara no. rumah, no. jalan, nama jalan, daerah dan sebagainya. Manakala, titik diletakkan selepas negeri atau negara.

2. Berkenaan dengan tanda (...) bagi merujuk kepada lampiran yang disertakan, pihak DBP masih menggunakan amalan yang sama.
Tatabahasa20.11.2015
as,kum,,,, tuan saya nak tanya, berapa lama kah saya boleh mendapat balasan atu jawapan, apabila saya sudah menghantar bahan saya ke DBP?.Mohon tuan memperincikan jenis bahan yang dihantar ke DBP. Adakah bahan yang dimaksudkan ialah manuskrip atau rencana/artikel/cerpen/puisi. Sekiranya bahan manuskrip, tuan hendaklah menghantar bahan tersebut kepada Pengarah Penerbitan, Aras 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Atau, sekiranya rencana, cerpen, puisi mohon tuan menghantarnya kepada Ketua Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain09.02.2008
Saya ingin mencari buku sastera lama...sekitar 70an dan tidak ingat penulisnya serta terbitannya....Tajuk Buku itu ialah "Juara Yang Tewas"

Salam. Buku Juara yang Tewas, terbitan DBP, 1985 adalah karya Aripin Said. Sdr. boleh membuat rujukan kepada buku tersebut dengan datang sendiri ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau di mana-mana perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr.

Sekian dan wassalam. 

Lain-lain06.08.2009
12

Kembali ke atas