Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jalankan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanyakan istilah untuk kajian saya bagi Mini Tesis yang akan saya jalankan, masalahnya tiada kajian dalam Bahasa Melayu setakat ini. Istilah Bahasa Inggeris yang ingin saya tanyakan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu ialah Drug Refusal EfficacyKami mencadangkan istilah "Drug Refusal Efficacy" diterjemahkan sebagai "Keberkesanan Penolakan Drug", "Keberkesanan Penolakan Ubat" atau "Keberkesanan Penolakan Dadah". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Perubatan, Farmasi atau Veterinar.Istilah06.05.2021
apakah maksud mengimplimentasikan, menginduktrinasikan, kebejatan, dan hedonisme?Makna mengimplimentasikan ialah melaksanakan, men jalankan, menunaikan. Mengindoktrinasikan pula ialah menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. Kebejatan pula ialah kerosakan, keburukan. Hedonisme pula ialah pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna04.11.2009
Assalammualaikum Tuan, Saya ingin mendapatkan penggunaan Bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah tersebut bagi tesis yang saya sedang jalankan. Food Protectionism Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah food protectionism ialah perlindungan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.11.2022
Assalammualaikum Tuan, Saya ingin mendapatkan pengesahan penggunaan Bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah tersebut bagi tesis yang saya sedang jalankan. Food Protectionism Terima kasih. 1Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan dan penulisan tuan, kami cadangkan food protectionism diterjemah kepada "perlindungan makanan".Istilah29.11.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya wakil dari Universiti Malaysia Pahang, sedang mencari dana untuk melancarkan aktiviti amal yang akan kami jalankan di Vietnam. Antara aktiviti yang akan kami lakukan ialah mengajar anak-anak di sana Bahasa Inggeris serta membina perpustakaan mini untuk mereka. Diharap pertanyan ini dapat dipertimbangkan.Sekian,Terima kasih.Disini juga saya ada sertakan surat memohon tajaan dari pihak DBP.Untuk makluman tuan, DBP bukanlah organisasi yang menjana keuntungan dan membantu pihak luar melaksanakan program khidmat sosial. Walau bagaimanapun DBP boleh menimbangkan untuk membantu pihak yang berhasrat melaksanakan program memartabatkan bahasa Melayu sama ada di dalam ataupun di luar Negara.Lain-lain19.05.2015
Saya minta jasa baik tuan emelkan kepada saya senarai bayaran untuk menggunakan khidmat karyawan tamu..... khusus untuk menjalankan bengkel drama....sya mahu jalankan program ini di sekolah saya berkhidmat.... terima kasih encik.....

Saudara,

Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Encik Rahim Omar  di Jabatan Penerbitan alamat  e-mel rahim2@dbp.gov.my.

Lain-lain15.10.2010
Saya memohon untuk mendapatkan pengesahan istilah "Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat" adakah ia sesuai digunakan kerana saya akan menggunakan istilah ini dalam kajian saya seterusnya. Kajian yang saya jalankan adalah berkaitan pembelajaran sepanjang hayat yang berfokus kepada kemahiran. Namun saya merasa was-was dalam gabungan penggunaan istilah yang digunakan. Mohon bantuan pihak DBP Sekian, terima kasih Normila Mohd Bohari Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Penggunaan perkataan yang betul ialah Pembelajaran Kemahiran Sepanjang Hayat.

Tatabahasa11.07.2021
MANUFACTURING OF ENGINEERED SEALING SOLUTIONS - PERUSAHAAN KEJURUTERAAN ........ MINTA TOLONG TERJEMAHKAN MAKSUD SEALING SOLUTIONS. Terjemahan yang saya perolehi adalah pengedap tetapi ianya tidak menepati maksud perniagaan yang kami jalankan. Dibawah adalah penjelasan apa itu sealing solutions. Kilang ini menjalankan aktiviti mengilang produk Rubber Seal, Rubber Packer, Injectable Seal Compound/Sticks, Tooling and Machining PartsKami sarankan tuan/puan ajukan soalan ini terus ke Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat terjemahan secara literal bagi perkataan "sealing" ialah "Pengedap, Penyelakan, Pemateri dan Adangan".Penyemakan dan penterjemahan21.10.2014
Saya ingin mendapatkan senarai perkataan dari kumpulan perkataan yang kerap digunakan Dalam pertuturan seharian sehingga kumpulan perkataan yang sangat jarang digunakan bagi tujuan kajian dan penyelidikan yang sedang saya jalankan. Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada pihak DBP ada menyediakan senarai tersebut atau pihak tuan/puan ada cara yang tertentu bagi memudahkan carian saya? Terima kasih.Salam puan budiman, Berkenaan soalan yang pertama, pihak kami mengandaikan tentang kekerapan penggunaan perkataan. Pertama sekali, pihak kami tidak menyediakan senarai penggunaan perkataan seharian. Tetapi perkhidmatan korpus DBP mungkin boleh membantu. Walau bagaimanapun, korpus ini melibatkan gugusan atau himpunan tulisan/teks daripada bahan bertulis seperti buku, akhbar, majalah, dan lain-lain dalam pelbagai genre bagi tujuan penyelidikan. Cara penggunannya, buat carian Google (Korpus DBP). Klik Pengguna Awam. Baca syarat dan klik setuju. Boleh buat carian kata harian yang ingin kita kaji. Contoh, masukkan perkataan 'makan'.  Klik cari dan keluar paparan konkordans dan kolokasi. Untuk melihat taburan penggunaan, boleh klik medan kolokasi dan jana kolokasi kata tersebut. Semoga membantu. Sekian.Lain-lain16.10.2020
Saya ingin mengetahui agensi mana yg bertanggungjawab memperkasakan dan menguatkuasa penggunaan Bahasa Malaysia (BM). Terutamanya bagi pemgumuman atau acara promosi yg dijalankan di khlayak ramai. Didapati tiada tindakan yang sewajarnya di jalankan bagi mereka yang menggunakkan bahasa selain daripada BM & English kerana ini berlaku di IOI City Mall pada 14 Sept 2019 di mana penggunaan bahasa cina juga digunakan di kawasan yang <20% pengunjung yang memahami bahasa tersebut. Perkara yg sama juga berlaku di Lapangan Terbang Kota Kinbalu. Pada pendapat saya, hanya BM & English sepatutnya digunakan dikawasan awam memandangkan ia merupakan bahasa yang difahami oleh semua dan mengelakkan salah faham diantara kaum/ Diharap tindakan yang sewajarnya diambil bagi memastikan perkara ini dapat dibendung sebelum ia menjadi kemestian untuk setiap acara/pengumuman dilakukan dlm 3 bahasa. Terima kasihTerima kasih atas maklumat yang diberikan dan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal memartabatkan bahasa Melayu. Kami akan membuat pemantauan terhadap perkara berkenaan dan surat teguran kepada pihak yang berkenaan termasuklah pihak berkuasa tempatan akan dikeluarkan.Lain-lain05.10.2019
12

Kembali ke atas