| apakah maksud pincangan? | Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. | Makna | 01.02.2013 |
| Apa yang membezakan antara kedua jalan tersebut ialah bentuk jalannya. (Adakah ayat ini betul?) | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Yang membezakan kedua-dua jalan tersebut ialah strukturnya.” Untuk maklumat lanjut tentang ayat, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431. | Tatabahasa | 06.02.2025 |
| Salam. Saya mahu meminta jasa baik daripada pihak pentadbir untuk cadangkan terjemahan frasa yang sesuai untuk ayat "found his way" dalam ayat berikut: By March of 1793, Buonarroti found his way to France, where he joined meetings of the Jacobin, and befriending Robespierre." Dalam hal ini, adakah sesuai jika saya menterjemahkan kepada frasa, "menemukan jalannya/laluannya ke Perancis" atau diterjemahkan menjadi "menemukan peluangnya di Perancis."? | Kami mencadangkan "found his way" diterjemahkan sebagai "beliau berjaya sampai ke". Namun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.06.2021 |