Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lin] | جالين

Definisi : 1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar rotan (tersusun); 2. rangkai; berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~; 2. berangkai (benda panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah; berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepang-kepang; 2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung; menjalin 1. menganyam (mengepang) ram­but dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyu­sunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. me­nyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. me­wujudkan, menjadikan ada: ~ per­sa­habatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, me­masuk­kan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ per­hubungan; 4. mengeratkan; memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai; terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terang­kai; 3. terselip; 4. telah wujud, ada (per­sahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~; jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin); keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur karya; penjalinan perbuatan menjalin (menjalin­kan); penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.lin] | جالين

Definisi : ; berjalin 1 dlm keadaan bersusun bersilang-silang (bkn rotan yg dianyam dsb); beranyam. 2 sudah disusun bersilang-silang; beranyam. 3 ki berhubungan antara satu dgn yg lain; berkaitan. menjalin 1 menyusun rotan dll supaya berjalin; menganyam: ~ bidai. 2 mengatur atau menyusun cerita; mengarang. 3 menjadikan ada; membina; mengeratkan: ~ persahabatan. memperjalinkan menjadikan berjalin atau bertalian (bkn cerita dsb); merangkaikan. terjalin 1 sudah dijalin; teranyam. 2 tersusun (bkn cerita). 3 telah wujud (bkn persahabatan dll). jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin). perjalinan hal atau keadaan berjalin. penjalinan perbuatan (hal dsb) menjalin: ~ raga sebesar itu pun mengambil masa dua hari. penjalin tali atau rotan yg digunakan utk menjalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalin
Kata Terbitan : berjalin, berjalin-jalin, menjalin, terjalin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. BOLEHKAN PIHAK TUAN MEMBERIKAN PANDUAN UNTUK MENGGUNAKAN IMBUHAN KATA KERJA MEN... DAN MEN..KAN CONTOHNYA PERKATAAN JALIN. MANAKAH YANG BETUL SAMA ADA MENJALIN HUBUNGAN ATAU MENJALINKAN HUBUNGAN? HARAP MENDAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN. SEKIAN, TERIMA KASIH

Sdr. Asiyana, sila perhatikan makna perkataan ini bagi menjawab pertanyaan sdr. Terima Kasih.

menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim;
menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan;

Tatabahasa05.12.2007

Kembali ke atas