Pertanyaan tentang ayat dasar FN + FN Ayat yang manakah ayat yang paling tepat? - Nama bendera Malaysia Jalur Gemilang. - Jalur Gemilang nama bendera Malaysia. - Bendera Malaysia Jalur Gemilang. - Jalur Gemilang bendera Malaysia. Terima kasih. | Semua contoh ayat yang diberikan betul dan menepati pola FN + FN. | Tatabahasa | 27.07.2015 |
1)Tamanah melukis Jalur Gemilang. 2)Tamanah melukis (gambar )Jalur Gemilang. 3)Tamanah mewarna Jalur Gemilang. 4)Tamanah mewarna( gambar )Jalur Gemilang. Adakah kesemua-semua ayat ini betul? | 1. Tamanah melukis Jalur Gemilang. 2. Tamanah mewarna gambar Jalur Gemilang. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
JALUR LEBAR | Assalamualaikum Sila rujuk PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Sekian. | Lain-lain | 01.09.2010 |
Salam, saya ingin bertanyakan 2 soalan: 1) Saya ingin mengetahui penggunaan tanda bacaan yang betul untuk gelaran yang berikut: Tokoh Murid Peringkat Negeri Pahang @ tokoh murid peringkat negeri Pahang 2) Benarkah kita perlu menggugurkan perkataan 'bendera' untuk merujuk Jalur Gemilang?contohnya mewarnakan Jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah Tokoh Murid peringkat negeri Pahang. Jalur Gemilang nama khas bendera kita, maka tidak perlu lgi ditulis bendera Jalur Gemilang. | Tatabahasa | 01.06.2012 |
Antara berikut ayat tanya manakah yang betul? 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? (Atau) 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? Apakah perbezaan antara menghiaskan dan menghiasi? Terima kasih. | Ayat 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiaskan, iaitu berakhiran dengan “kan” dan objeknya ialah “bilik darjah”. Jika KKT berakhiran “kan” , objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama (Jalur Gemilang) yang mengikutinya . Di sini, bilik darjah tidak “bergerak” ( tiada pergerakan) secara langsung ke arah kata nama yang mengikutinya, iaitu Jalur Gemilang. Oleh itu, ayat yang sepatutnya ialah Mengapakah cikgu menghiaskan Jalur Gemilang di dalam bilik darjah kita atau sekiranya hendak dikekalkan ayat tersebut, “kan” perlu digugurkan menjadi Mengapakah cikgu menghias bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Ayat 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiasi, iaitu berakhiran dengan "i" dan objeknya ialah “bilik darjah”. Bagi KKT berakhiran “i” , objek ( bilik darjah) hadir langsung lepas KKT berakhiran “i” dengan maksud makna KKT langsung kena pada objek. Tiada unsur “pergerakan” diri objek. Objek berkeadaan pasif dan menerima makna KKT. Oleh itu, ayat ini betul. Perbezaan kedua-dua ayat ini terletak pada (a) Jika KKT berakhiran "i' , objek hadir terus ( langsung) lepas KKT lalu menerima maksud yang terkandung dalam KK itu. Objek tersebut bersifat pasif ( tak bergerak). (b) Jika KKT berakhiran "kan" objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama yang mengikutinya.
| Tatabahasa | 21.02.2018 |
Semakan penggunaan ayat 1. Mula berniaga guna jalur lebar hanya rm99 atau 2. Mula niaga guna jalur lebar hanya rm99 | Jawapan Mula berniaga menggunakan jalur lebar. hanya RM99 | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Apa yang dimaksudkan dengan Jalur Lebar? Adakah perkhidmatan Internet yang diberikan oleh streamyx dari telekom termasuk dalam kategori Jalur Lebar? | Jalur Lebar merujuk kepada isyarat telekomunikasi (yang memproses isyarat telekomunikasi lebih laju). Lebih lebar jalur lebih besar keupayaan untuk memproses isyarat telekomunikasi. Perkhidmatan Internet yang diberikan oleh Streamyx juga tergolong dalam kategori Jalur Lebar. | Lain-lain | 08.02.2011 |
Adakah ayat ini betul? Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas. | Jawapan "Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas" adalah betul. Namun, jawapan yang lebih sesuai ialah "Beberapa orang murid sedang menampal Jalur Gemilang pada dinding pentas", kerana perkataan "pada dinding pentas" biasanya merujuk "pada bahagian dinding pentas tersebut". | Tatabahasa | 31.03.2013 |
1) Yang mana satu betul?Penunggang beca atau pemandu beca? 2)Adakah frasa mengibarkan bendera jalur gemilang betul?Ataupun mengibarkan jalur gemilang ayat yang betul? | Frasa yang betul ialah penunggang beca dan mengibarkan jalur gemilang. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Jalur Gemilang selalu berkibar di sekolah/udara/angkasa.Adakah jawapan ini betul? | Jawapan yang paling baik antara tiga pilihan jawapan diberi ialah "di sekolah", namun ayat yang gramatis ialah "Jalur Gemilang selalu berkibar ditiup angin di hadapan sekolah". | Tatabahasa | 05.07.2011 |