bagaimana menyebut masa dalam sistem 24 jam, contoh: Jam oooo = "jam sifar" atau "jam sifar sifar ratus", Jam 1600 = "Jam enam belas" atau "jam enam belas ratus", Jam 0045 ="Jam sifar empat puluh lima" atau "Jam sifar sifar empat puluh lima", Jam 0300 = "Jam 3" atau "Jam sifar tiga" atau "Jam sifar tiga ratus". | Tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun pada lazimnya dalam bentuk jam digital penyebutannya mengikut jam dan minit [dipisahkan dengan (:) dan sifar pada minit lazimnya tidak disebut] 00:00 disebut pukul sifar; 16:00 disebut pukul enam belas; 00:45 disebut pukul sifar, empat puluh lima; 03: pukul tiga. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Bagaimana sebut waktu dalam sistem 24 jam seperti berikut: 1. jam 1600 2. jam 0025 3. jam 0000 4. jam 0303 Terima kasih | Sebutan waktu dalam sistem 24 jam ialah 1. jam 1600 = jam 1600, 2. jam 0025 = jam 12.25 tengah malam, 3. jam 0000 = jam 12 tengah malam, 4. jam 0303 = jam 3.03 pagi. | Lain-lain | 15.11.2010 |
Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik. | Saudari Succy, Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi' | Makna | 20.09.2012 |
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan? | Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
dalam Kamus Dewan dinyatakan masa tengah hari bemula jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00. Saya rasa janggal kalau jam 2.00 dinyatakan sebagai 2.00 tengah hari. Saya rasa jam 1.00 tengah hari adalah betul tetapi jam 2.00 ialah 2.00 petang | Untuk makluman tuan, waktu tengah hari bermula pada pukul 12.00 hingga 1.59, mulai pukul 2.00 ghingga 6.59 kita nyatakan sebagai waktu petang. | Lain-lain | 08.04.2013 |
Jam di dinding. Jam pada dinding. Mana satu yang betul. | Salam sejahtera.... Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, waktu, masa atau zaman. Manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Jadi, jawapan yang tepat ialah Jam pada dinding. | | Tatabahasa | 04.12.2012 |
1.jam tanga itu berharga 200.00 ringgit 2.jam tangan itu berharga Rm200.mana satu betul? | Ayat yang betul ialah: 1. Jam tanga itu berharga 200 ringgit 2. Jam tangan itu berharga RM200.00 | Tatabahasa | 12.05.2011 |
1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu? | Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu. | Tatabahasa | 05.04.2007 |
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam? | Salam sejahtera puan, Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam. Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam. | Makna | 01.11.2012 |
a) Apakah penjodoh bilangan untuk mayat dan hantu? b) Yang mana betul: seutas jam tangan atau sebuah jam tangan? c) Yang mana betul: kempen anti-merokok atau kempen antimerokok? | a) Kami cadangkan sekujur mayat (sekujur=segenap, seluruh, semua), manakala hantu tidak perlu penjodoh bilangan. b) Yang betul: Seutas jam tangan c) Yang betul: Kempen antimerokok | Tatabahasa | 14.02.2007 |