Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon jelaskan secara terperinci perkataan Kerja. Adakah maksud di bawah boleh diguna pakai? KERJA bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui secara terperinci maksud perjataan 'kerja'. Huraiannya terlalu panjang untuk dijawab di sini.Makna22.02.2019
Tuan/Puan, Soalan seperti di bawah: (1) Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (2) Selama tiga jam kami membincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (3) Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (4) Selama tiga jam kami berbincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (5) Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat Item (1) adalah salah setahu saya kerana imbuhan kan "membincangkan" tidak beleh disertai dengan kata sendi nama tentang di belakang. Adakah item (2),(3),(4) atau (5) betul dari segi tatabahasa? Terima Kasih atas tunjuk ajar dari pihak DBP.Ayat yang betul ialah Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat dan Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. Betul, membincangkan ialah kata kerja transitif aktif yang perlu diikuti objek selepasnya.Tatabahasa10.12.2015
1)Hang Tuah memperhambakan atau memperhamba diri kepada sultan 2)3 jam 1/2 atau 3 1/2 jam1)memperhambakan -apitan memper-kan yang bertemu kata nama dan kata kerja 2)3 1/2 jam -unit mesti dihujungTatabahasa02.03.2011
1. menurut tuan segala penamaan mesti diikuti dengan kata nama, mengapakah jawapan yang tuan bagi saya hari itu pula diikuti dengan kata kerja spt: pertandingan bercerita, memasak, mendeklasikan sajak dan mewarna. bukan semua perkataan tersebut kata kerja? bolehkah tuan terangkan dengan lebih lanjut kerana saya masih keliru. 2. jam randek /randik. dalam kamus dewan menunjukkan randek tetapi dalam contoh yang diberi pula tulis jam randik. apabila saya mencari perkataan ransik pula langsung tidak ada perkataan ini dalam kamus mengapa? 3. dalam kamus dewan saya jumpa perkataan 'jawapan' dan 'jawaban', manakah satu yang diterima di sekolah ? 4. menurut salah seorang munsyi dewan yang mengatakan bahawa 'para tetamu' salah, yang betul sepatutnya 'para tamu' kerana 'tetamu' merupakan yang bermaksud jamak. tuan pula kata 'para tetmau' boleh diterima maka sya rasa peninglah. saya kena pasti jika tidak saya tidak dapat mengajar anak murid saya dengan betul. mereka kena jawab soalan bahagian pilih ayat betul. bolehkah tuan menerangkan kesemua kemusykilan saya. sekian terima kasih.

1. Penamaan sesuatu aktiviti dibolehkan dalam bentuk kata nama atau kata kerja. Contohnya; dalam bentuk kata nama - pertandingan nyanyian dan pertandingan deklamasi sajak, dalam bentuk kata kerja pertandingan bercerita dan pertandingan memasak.

2. Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah jam randik (lihat di bawah entri jam) iaitu jam untuk mengukur dgn detik. Manakala jam randek digunakan dalam bahasa Melayu di Jakarta yang sama maknanya dengan jam randik.

3. Perkataan jawapan dan jawaban kedua-duanya betul iaitu kata terbitan bagi perkataan jawab. 

4. Dalam kamus Dewan, tetamu ialah orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain, atau disebut juga sebagai orang jemputan, jamu dan tamu.

Tatabahasa13.02.2010
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat nasihat dari pihak tuan/puan berkenaan penggunaan perkataan “pun”. Persoalah: Sama ada perkataan “pun” sesuai di depan atau di hujung perkataan Contoh: Tiada seorang kanak-kanak pun yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan- (a) untuk bekerja antara jam 8 malam hingga 7 jam pagi; atau Tiada seorang pun kanak-kanak yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan- (a) untuk bekerja antara jam 8 malam hingga 7 jam pagi; Apakah perbezaan dari segi tatabahasa sekiranya perkataan “pun” itu berada di depan atau di hujung perkataan?. Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Partikel pun berfungsi untuk menegaskan perkataan yang mendahului atau terikat dengannya. 
Ia bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu yang dieja terpisah. 
Oleh itu, ia boleh berada di hadapan atau di hujung ayat secara bersendirian.

Contoh:
1. Tiada seorang kanak-kanak pun yang diambil bekerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan:
    (a) untuk bekerja antara pukul 8.00 malam hingga 7.00 pagi.

2. Tiada seorang pun kanak-kanak yang diambil bekerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan:
    (a) untuk bekerja antara pukul 8.00 malam hingga 7.00 pagi.
Lain-lain05.07.2021
Minta penjelasan untuk penggunaan dari dan daripada untuk perbandingan jarak dan masa. Contohnya: 1. Dia ambil masa lebih dari/daripada 1 jam untuk menyiapkan kerja sari kata 2. Dia memandu lebih dari/daripada 50 kmPenggunaan yang betul ialah dari. Ayat yang diberikan tidak mempunyai perbandingan antara dua benda atau perkara.Tatabahasa13.07.2020
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul?

Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan.

Lain-lain10.07.2010
Bolehkah kata kerja menerima suffix pronoun? Contoh ayat: 1. Harimau itu mengejarku dengan ganas. 2. Jam tangan itu milikku. Sila jelaskan perbezaan ayat 1 dan 2. TErima kasih.Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya.  Contohnya,  padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Tatabahasa26.05.2014
Tuan/Puan, Saya pernah membuat pertanyaan soalan berikut pada 5/7/2021 tetapi masih belum mendapat jawapan dari pihak tuan. Saya kemukakan semula soalan tersebut. Saya ingin mendapat nasihat dari pihak tuan/puan berkenaan penggunaan perkataan “pun”. Persoalah: Sama ada perkataan “pun” sesuai di depan atau di hujung perkataan Contoh: Tiada seorang kanak-kanak pun yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan- (a) untuk bekerja antara jam 8 malam hingga 7 jam pagi; atau Tiada seorang pun kanak-kanak yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan- (a) untuk bekerja antara jam 8 malam hingga 7 jam pagi; Apakah perbezaan dari segi tatabahasa sekiranya perkataan “pun” itu berada di depan atau di hujung perkataan?. Terima kasihPartikel pun berfungsi untuk menegaskan perkataan yang mendahului atau terikat dengannya. 
Ia bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu yang dieja terpisah. 
Oleh itu, ia boleh berada di hadapan atau di hujung ayat secara bersendirian.

Contoh:
1. Tiada seorang kanak-kanak pun yang diambil bekerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan:
    (a) untuk bekerja antara pukul 8.00 malam hingga 7.00 pagi.

2. Tiada seorang pun kanak-kanak yang diambil bekerja dalam apa-apa pekerjaan boleh dikehendaki atau dibenarkan:
    (a) untuk bekerja antara pukul 8.00 malam hingga 7.00 pagi.
Lain-lain23.07.2021
Kebelakangan ini banyak akhbar dan media elektronik menggunakan perkataan "di temukan" sebagai ganti kepada perkataan "di temui". Contoh; "mayat berkenaan telah ditemukan pada jam 9.00pagi ditepi sungai..." Apakah betul penggunaan perkataan "di temukan" yang sangat berleluasa penggunaannya ketika ini?Untuk makluman, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". Sehubungan dengan itu, pemilihan perkataan "ditemukan" memang tepat  berdasarkan contoh ayat yang diberikan.Lain-lain13.10.2017
12

Kembali ke atas