Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan? | Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
Tuan, A. Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Isu buli hangat diperdebatkan di media massa. 2. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. B. Apakah penjodoh bilangan untuk 'jam tangan'? seutas jam tangan atau sebuah jam tangan. Terima kasih. Cik Ong | 1. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. 2. Seutas jam tangan. | Tatabahasa | 10.04.2017 |
a) Apakah penjodoh bilangan untuk mayat dan hantu? b) Yang mana betul: seutas jam tangan atau sebuah jam tangan? c) Yang mana betul: kempen anti-merokok atau kempen antimerokok? | a) Kami cadangkan sekujur mayat (sekujur=segenap, seluruh, semua), manakala hantu tidak perlu penjodoh bilangan. b) Yang betul: Seutas jam tangan c) Yang betul: Kempen antimerokok | Tatabahasa | 14.02.2007 |
Saya hendak tanya -Penjodoh bilangan jam tangan adakah seutas atau sebuah? -Penjodoh bilangan jam dinding adakah seutas atau sebuah? | Penjodoh bilangan: 1, Jam tangan = utas (contoh: seutas, dua utas) 2, Jam dinding = buah (contoh: sebuah, dua buah) | Tatabahasa | 07.04.2020 |
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih. | 1. Sebuah pasu bunga. 2. Seutas jam tangan 3. Sebiji karipap 4. Bergantung pada keadaan. 5. Bergantung pada keadaan. 6. Sebatang lampu 7. Sebiji mentol 8. Sebiji batu 9. Sebuah baldi 10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung | Lain-lain | 10.02.2017 |
1.jam tanga itu berharga 200.00 ringgit 2.jam tangan itu berharga Rm200.mana satu betul? | Ayat yang betul ialah: 1. Jam tanga itu berharga 200 ringgit 2. Jam tangan itu berharga RM200.00 | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. | 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu) 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan. | Tatabahasa | 31.10.2017 |
Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi? Apakah fungsi ayat di atas jika diberikan konteksnya? i. Fungsi pertama dalam konteks biasa. ii. Fungsi kedua dalam konteks kesantunan. | Konteks bermaksud bahagian ayat yang menentukan atau menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Ayat tersebut Berfungsi sebagai ayat tanya. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dengan penggunaan kata tanya dan tanda baca. Ayat tanya boleh digunakan dalam pelbagai konteks asalkan fungsinya adalah untuk menanyakan soalan. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Saya ingin bertanya, terjemahan yang merujuk kepada jam tangan, perkataan Clasp adalah kancing, Buckle juga kancing, tapi terdapat gabungan dua perkataan ini Clasp Buckle, apakah terjemahannya dalam bahasa Melayu? Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "clasp buckle". Istilah untuk "clasp" ialah kancing atau cangkuk. Istilah untuk "buckle" ialah kancing atau gancu. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "clasp buckle" ialah kancing. | Istilah | 03.04.2013 |
Assalam, 1/ Istilah yang lebih tepat untuk minum pagi sarap atau sarapan? 2. Apakah pilihan ayat songsang bagi ayat di bawah: Dahlia memberikan Amna seutas jam tangan yang cantik. Terima kasih | 1. Istilah yang lebih tepat untuk minum pagi ialah sarapan. Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Maka ayat yang betul ialah Memberikan Amna seutas jam tangan yang cantik Dahlia. | Istilah | 19.06.2016 |