Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke? | taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu. | Tatabahasa | 22.10.2007 |
Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal. | Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat. | Lain-lain | 31.12.2010 |
Apakah kelas kata bagi mufrad dan jamak? | Mufrad dan jamak ialah kata Arab yang bermaksud tunggal serta banyak dan dalam konteks itu boleh dikategorikan sebagai kata bilangan. | Tatabahasa | 21.02.2015 |
Penghuni-penghuni asrama anak yatim... betulke penghuni-penghuni? atau guna penghuni sudah membawa maksud jamak? bagaimana pula dengan penduduk? rakyat? bawa konsep jamak atau tunggal? | Penghuni membawa maksud jamak. Oleh itu, tidak perlu diulang. Begitu juga dengan penduduk yang membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 08.07.2008 |
Tuan, Adalah frasa di bawah betul atau salah? 1. Para penduduk bekerjasama membersihkan taman. 2. Penduduk-penduduk bekerjasama membersihkan taman. Adakah penduduk sudah bermaksud jamak? para juga bermaksud jamak? Terima kasih. | Untuk makluman, penduduk sudah menujukkan maksud jamak. Sehubungan dengan itu, kedua-dua ayat contoh yang diberikan tidak tepat. | Tatabahasa | 29.06.2016 |
Mengapakah 'senarai nama-nama' salah? mohon pencerahan.. | Kata senarai telah menunjukkan jamak dan penanda jamak hadir sekali sahaja dalam satu ayat. Maka frasa yang betul ialah senarai nama. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
Bolehkah "persons" diterjemahkan sebagai "orang-orang" jika bentuk jamak perlu dan penting dibezakan daripada bentuk tunggal, dan tiada perkataan lain (seperti bilangan, beberapa, banyak) yang boleh/digunakan untuk menunjukkan bentuk jamak? Terima kasih atas panduan. | Orang boleh bermaksud tunggal atau jamak mengikut konteks ayat yang menyertainya, contohnya ... orang kampung bergotong-royong ..., sudah pasti orang di sini bermaksud jamak. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
Adakah perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, keburukan membawa maksud jamak? Perlukah perkataan-perkataan ini digandakan untuk memberi maksud jamak? | Walaupun perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, dan keburukan tidak digandakan, perkataan-perkataan ini sudah membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
saya ingin bertanya ttg hukum jamak perkataan.Bolehkah kita mengunakan perkataan seperti ciri-ciri, agensi-agesi,maklumat-maklumat atau yang sama erti dengannya.terima kasih | Boleh menggunakan perkataan jamak asalkan tidak menunjukkan unsur lewah, seperti "senarai barang-barang yang perlu dibeli". Dalam contoh yang dinyatakan di atas tidak salah menggunakan perkataan jamak, walau bagaimanapun menggunakan perkataan tunggal seperti ciri, agensi dan maklumat telah memadai dan boleh membawa makna jamak jika disesuaikan dengan konteks sesuatu ayat. | Tatabahasa | 05.05.2010 |
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi Karim | Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos. | Tatabahasa | 01.04.2008 |