Adakah boleh menggunakan penggunaan bahasa berikut: Encik Jamal berehat sambil membaca akhbar; atau Encik Jamal berehat sambil membaca surat khabar. | Ayat yang sesuai ialah Encik Jamal berehat sambil membaca surat khabar. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Saya berharap Jamal selalu sihat . Ayat ini betul? | Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 17.05.2015 |
(kepada,demi) Sebagai pengurus syarikat, Encik Jamal bertangungjawab ______kebajikan semua pekerjanya. mana yang betul? | Sebagai pengurus syarikat, Encik Jamal bertanggungjawab kepada kebajikan semua pekerjanya. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
dimanakah saya boleh dapatkan profil Dato' Syed Alwi dan Datuk Syed Ahmad Jamal? | Profil Dato' Syed Alwi boleh dirujuk pada buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP, 2005 manakala profil Datuk Syed Ahmad Jamal (penerima anugerah Seniman Negara) bolehlah dirujuk ke Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KPKKW). Sekian. | Lain-lain | 15.08.2008 |
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH. | Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum. | Lain-lain | 29.10.2007 |
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. | 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu) 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan. | Tatabahasa | 31.10.2017 |
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. saya ingin mengemukakan beberapa soalan. 1. Jamal ialah ketua pengawas di sekolah saya.Dia / Beliau seorang atlet yang hebat? jawapan manakah yang tepat. 2. Apakah kata kerja yang sesuai bagi wanita yang sedang berdiri sambil membawa raga tersebut? boleh menjinjing diterima sebagai jawapan? Terima Kasih.. | 1. Jamal ialah ketua pengawas di sekolah saya. Dia seorang atlet yang hebat. 2. Perkataan yang paling hampir ialah membawa. Untuk maklumat lanjut lihat makna kata membawa, menjinjing, mengelek dan membimbit serta bezakan makna antara perkataan tersebut. | Tatabahasa | 22.05.2015 |
Adakah ayat dibawah ayat yang gramatis i) Pengawai itu memperbetulkan borang permohonan saya ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya iii) Samad mencarikan ibunya sebuah rumah sewa baharu iv) Nenek membelikan adik sepasang baju kurung | Ayat yang betul ialah: i) Pegawai itu memperbetul borang permohonan saya. ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya iii) Samad mencarikan sebuah rumah sewa baharu untuk ibunya iv) Nenek membelikan sepasang baju kurung untuk adik | Tatabahasa | 01.07.2011 |
Assalmualaikum. Saya Muhammad Safwan Bin Abd Jamal dari Mrsm Taiping. Saya diberi tugasan untuk melaksanakan kajian apa-apa perkara. Jadi, saya memilih kajian saya ialah menghasilkan novel atau cerpen. Saya ingin menggunakan khidmat ini untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti bagaimana untuk membina plot cerita yang menarik, mencadangkan, membetulkan ayat dalam cerita dan sudi untuk menyemak hasil kerja saya. Jadi, saya memerlukan bantuan pihak tuan/puan dalam menjayakan kajian saya. Boleh atau tidak saya menggunakan perkhidmatan ini. Saya berharap agar pihak dbp dapat membantu saya. Saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih. | Salam, Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan seperti yang dinyatakan. Kami mencadangkan supaya tuan berbincang dengan ketua tuan tentang kesulitan yang tuan hadapi. Tuan juga boleh mencari maklumat di perpustakaan atau bertanyakan individu yang lebih arif dan ada menyediakan perkhidmatan seperti yang disenaraikan. | Lain-lain | 17.03.2017 |
apakah punca-punca keracunan makanan? | Sila rujuk bahan ini : 1. Makanan : keracunan dan keselamatan Jamal Kahair Hashim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Kes keracunan makanan Siti Balkis Budin Dewan Masyarakat 01/07/2007 3. Langkah-langkah mengelak keracunan makanan Mohd. Hamdan Haji Adnan Dewan Siswa | Lain-lain | 20.10.2007 |