Puan Jamiah,
Maksud "kecuaian dalam pekerjaan" dapat ditakrifkan secara literal bahawa sesuatu perbuatan yang cuai atau lalai ketika melaksanakan pekerjaan atau tugas yang diarahkan. Bersama-sama ini dilampirkan takrifan kata "cuai dan pekerjaan" yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan puan.
kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu;
pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya
Thanks for clicking. That felt good.