Awin Counsel Jan 29th, 11:30am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus la | Untuk makluman tuan, kami tidak akan membiarkan talian tidak berjawab melainkan pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus. | Lain-lain | 29.01.2015 |
Awin Counsel Jan 29th, 11:33am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus la | Untuk makluman tuan, setiap panggilan akan dijawab melainkan jika pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus. | Lain-lain | 29.12.2014 |
Alisz Leazster Jan 26th, 12:24pm saya memerlukan no telefon pihak tuan kerana ingin bertanyakan tentang komsas baru bg kolej vokasional.. trima kasih | Berkaitan maklumat KOMSAS, anda boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Buku Sekolah, iaitu Puan Zaiton binti Ismail (03-2147 9541) atau Puan Rosmani binti Omar (03-2147 9571). | Lain-lain | 26.01.2015 |
Niti Sha Jan 26th, 2:09am Saya adalah pelajar lepasan spm 2014. Saya ingin menghantar rencana dan puisi ke dewan bahasa. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar karya tersebut? | Sila hantarkan karya puan kepada Tuan Haji Azmi bin Ibrahim@Berahim, Ketua Editor Bahagian Majalah, Aras 20, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel azmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 26.01.2015 |
Tansri Azizi Jan 24th, 6:05pm DBP masih ada stok buku sastera politik dan masyarakat tulisan Abdul rahman embong terbitan thun 2014 | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.01.2015 |
Nirmala Agung Jan 19th, 11:32pm Salam, saya seorang graduan yang bukan dari bidang bahasa. saya sedang berjinak-jinak untuk menjadi penulis, tujuan saya mengirim pesanan ini adalah untuk menyuarakan kerisauan tentang kandungan kamus dewan. saya berharap kata serapan arab dan inggeris. saya cuma risau nanti bahasa melayu di nusantara ini akan jadi bahasa inggeris pada akademik, sosial dan ekonomi (Malang tidak dapat dielak perkataan Sosial,ekonomi dan akademik adalah serapan dari barat) dan arab pada agama. anak muda-mudi kini semakin hanyut dan hanya tidak sampai sesuku per 100 dari perkataan melayu dari kamus dewan digunapakai. Saya berharap sangat pakar bahasa kembali waras dan sedar tanggungjawab mereka untuk anak cucu melayu di tahun-tahun yang jauh ke dihadapan.. sedangkan penulisan ini pun sudah rosak dengan kata serapan. Sekian,.. Nirmala agung | Antara konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan istilah yang sedia ada. | Lain-lain | 19.01.2015 |
Nadia Nawawi Jan 22nd, 12:26pm AS SALAM Saya ada soalan ingin bertanye di sini..saya telah mendaftarkan nama papan iklan perniagaan saya di website www.dbp.gov untuk pemeriksaan bahasa namun sudah lebih 24 jam masih belum dapat no.kelulusan dan jawapan.Saya perlukan ia secepat mungkin untuk tujuan perlesenan.Harap pihak puan /tuan dapat membantu. Terima kasih. Berikut adalah no Pendaftaran saya : 2391/2015- Restoran Brotherhood Western & Grill Yang Benar Fara Nadia 012 9167483 | Iklan tuan telah disemak dan diluluskan. Sila semak e-mel. | Lain-lain | 22.01.2015 |
Praviny Muniapan Jan 20th, 1:03pm kepada tuan/puan saya praviny muniapan, seorang pegawai penyelidik di MMU Melaka. kami memerlukan pertolongan pihak tuan bagi memberi kami bahan bahan selidik untuk Bahasa Melayu, seperti korpus Bahasa Melayu. Kami tidak tahu dimana hendak menghantar utusan ini jadi telah menghantarnya melalui Facebook. kami ingin membuat satu temujanji dengan pihak tuan bagi tujuan ini pada hari selasa minggu depan. sekian praviny muniapan 0183519495 | Laman web DBP menyediakan domain khusus kepada penyelidik untuk membuat kajian tentang korpus. Sila layari laman web kami, dan klik domain "e-penyelidikan". | Lain-lain | 20.01.2015 |
Nurhasyimah Hamzah Jan 17th, 1:32pm Assalamualaikum; saya syima pelajar seni kulinari uitm ingin bertanya kan apakah terjemahan perkataan "cake topper" yang diluluskan DBP? saya perlu tahu untuk membantu saya dalam penulisan tugasan... terima kasih | Cadangan kami kek topper diterjemahkan kepada hiasan atas kek. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2015 |
Christ Yap Jan 16th, 5:23pm Sir/Madam, Saya ada buat permohonan lesen iklan tetapi kena ada pengesahan iklan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya sudah register dan mohon di E-perkhidmatan tetapi belum ada balasan dari pejabat. saya ingin mengetahui biasa berapa hari untuk proses. sekian terima kasih. | Tempoh pengesahan bergantung pada jumlah iklan yang terdapat dalam sistem. Sila hubungi nombor 21479500 dan berikan nombor pendaftaran iklan supaya pihak kami dapat membantu memproses iklan tersebut dengan segera. | Lain-lain | 16.01.2015 |