Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (mem­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, ba­rang­­kali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, mi­num pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : (kata larangan yg menyatakan) tidak boleh; usah: ~ mandi di sungai itu, airnya dalam. jangan-jangan mungkin juga; barangkali: Ahmad belum datang lagi, ~ ia sakit. jangankan usahkan: ~ hendak berlari, berjalan pun dia belum dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangan

Puisi
 

Selasih jangan tinggi,
     Kalau tinggi berdaun jangan;
Kekasih jangan pergi,
     Kalau pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(564)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(163)

38

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk jangan ditinggalkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah lebih betul Harap jangan merokok atau Jangan merokok Adakah sila jangan..., tolong jangan.., minta jangan..., harap jangan.. betul?Ayat perintah boleh menggunakan perkataan harap, jangan dan sila, tetapi tidak secara berturutan seperti sila jangan atau harap jangan. Untuk lebih tegas, perkataan harap dan jangan lazimnya digunakan seperti "Jangan Merokok" dan "Harap Bersabar".Tatabahasa28.07.2016
1. sila jangan meludah. 2. harap jangan meludah. 3. tolong jangan meludah. yang manakah betul?Jawapan yang betul ialah 'jangan meludah'.Tatabahasa22.08.2011
Yang manakah betul? 1) Jangan membazirkan elektrik 2) Jangan bazir elektrik 3) Jangan bazirkan elektrikFrasa yang betul ialah Jangan membazirkan elektrik.Tatabahasa29.07.2013
1) jangan membuat bising 2) jangan berbuat bising. mana satu betul?.

Ayat yang betul ialah Jangan bising. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir, halaman 181)

Tatabahasa11.05.2011
Saya belum habis bercakap, jangan menyampuk / sampuk. Adakah kata kerja di belakang 'jangan' harus diletakkan imbuhan? Terima kasih.Selepas kata perintah "jangan", perkataan yang hadir selepas itu tidak semestinya kata kerja terbitan/kata imbuhan. Perkataan yang hadir selepas kata "jangan" boleh sama ada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda.

Contoh:
1. Jangan buang sampah di sini.
2. Jangan berludah di sini.
3. Jangan buka pintu semasa kereta api bergerak.
Tatabahasa30.05.2013
1) Tolong jangan dengar cakap dia 2) Sila jangan duduk di situ Adakah dua ayat di atas menyalahi hukum ayat? Sila beri keterangan.Jawapan yang tepat:

1. Jangan dengar cakap dia 
2. Jangan duduk di situ

Ayat permintaan dalam bahasa Melayu ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti "minta", "sila" dan "tolong", dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat  permintaan biasanya tidak membawa pengertian negatif, sebagaimana ayat larangan yang menggunakan perkataan "jangan". 
Tatabahasa04.09.2015
Jangan memasuki bilik itu tanpa kebenaran Adakah ayat ini betul ?Penggunaa ayat di atas adalah tepat.Tatabahasa02.09.2012
jangan bohongi saya.. adakah ayat ini betul? terima kasih..

Thrishnaa,

mana dia ayat yang ditanyakan?

Lain-lain07.04.2010
apakah perbezaan antara "usah" dengan "jangan"? saya pernah dengar penjelasan yang mengatakan "usah" digunakan untuk memujuk atau dengan suara yang lembut manakala "jangan" digunakan dalam situasi yang lebih tegas. contohnya - Usah menangis lagi. - Jangan bermain di situ!Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Penjelasan tuan untuk membezakan penggunaan "usah" dan "jangan" betul.Tatabahasa08.07.2013
Yang manakah betul dari segi tatabahasa dan gaya bahasa Melayu? 1. Jangan bazirkan wang walaupun satu sen! 2. Jangan bazir wang walau satu sen! 3. Jangan bazirkan wang walau satu sen pun! Terima kasih.Frasa yang lebih tepat ialah "Jangan bazirkan wang walaupun satu sen!"Tatabahasa22.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas