Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janganlah

Puisi
 

Janganlah kesal berhari-hari,
     Bertimbal turun ke mata;
Barang salah menyusun jari,
     Junjung dengan tutur kata.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Biarlah mati di mata pedang,
     janganlah mati kena tendang.

Bermaksud :

Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBT. Mohon jelaskan , manakah ayat yang tepat dan gramatis? 1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa. 2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa. 3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa.1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa.
2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa.
3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa.
Ketiga-tiga ayat ini ayat gramatis.
Tatabahasa20.06.2016
Janganlah kita pandang rendah kerjaya yang ada. Adakah ayat ini merupakan ayat perintah atau boleh dikategorikan sebagai ayat majmuk pancangan relatif. Mohon penjelasan kerana saya sangat keliru. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah  kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah.

Ayat yang dinyatakan ialah ayat larangan.
Tatabahasa23.08.2013
Janganlah dikau melupakan daku. Bolehkah kata ganti nama dikau digunakan dalam ayat di atas?"Dikau" dan "daku" boleh digunakan dalam ayat di atas.Tatabahasa24.07.2007
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
1 Apakah penjodoh bilangan untuk hantu? 2 Yang mana betul? a) Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku? b) Marilah kita nyanyikan lagu Negaraku? c) Janganlah kamu meniru perbuatannya. d) Janganlah kamu tiru perbuatannya.

1. Tidak semua benda perlukan penjodoh bilangan, lebih-lebih lagi benda yang ghaib seperti hantu.

2. Yang betul ialah "Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku" kerana ini ayat aktif.

3. Yang betul ialah "Janganlah kamu meniru perbuatannnya" kerana ini ayat aktif

Lain-lain30.04.2009
Selamat sejahtera, 3 ayat ini betul atau salah? 1. Apabila ibu bapa memberikan tugasan, janganlah kita berat tulang untuk menyiapkan tugasan mereka. 2. Semasa ibu bapa mendidik kita, dengarlah didikan mereka dengan teliti. 3. Ketika ibu bapa menegur kita, terimalah teguran dan nasihat mereka dengan hati yang reda. 3 ayat tersebut ialah ayat perintah atau ayat majmuk? terima kasih.
Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:
 
1. Apabila ibu bapa meminta kita untuk berbuat sesuatu, janganlah kita berat tulang untuk menyiapkan tugas yang diberikan. (ayat perintah: larangan)
 
2. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa yang bertujuan untuk mendidik kita. (ayat perintah - permintaan)
 
3. Ketika ibu bapa menegur kita, terimalah teguran dan nasihat mereka dengan hati yang terbuka.
(ayat perintah - permintaan)
 
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 432 - 575.
 
Tatabahasa21.03.2025
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi." Mereka mendakwa dengan berkata,"Kami ialah orang yan melakukan kebaikan." Soalan; adakah huruf besar dan tanda bacaan betul dalam petikan tersebut.Penggunaan huruf besar dan tanda bacaan dalam petikan tersebut adalah betul. (kecuali ejaan yang - tertinggal huruf g)Lain-lain16.11.2020
Apakah jawapan yang sesuai bagi perkataan berlawan ini?. remeh. Contoh ayat: Janganlah difikirkan sangat perkara-perkara yang remeh Adakah jawapannya besar atau mustahak.Jawapannya ialah penting, mustahak,besar.Makna05.03.2007
Chit Watt Aug 5th, 7:39pm Tolonglah...kalau betul2 nak memperkasakan BM tue, janganlah asyik ubah2 ejaannya. Memalukan. Bahasa lain tak pun ubah ejaannya walaupun berbunyi pelik. BM skrg nie apa pun sy tak pasti dah . Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu? Yang mana satu entah dah. Cikgu pun dah pening. Buat Ujian sekejap pensil, sekejap pensel...aduhai...Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. Tidak ada perubahan ejaan yang dibuat selepas adanya sistem tersebut, apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketidaksedaran/ketidakprihatinan pengguna terhadap sistem ejaan yang ada. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain05.08.2014
Apakah peribahasa yang tepat untuk maksud " Setiap kebaikan yang diberi kepada kita hendaklah dihargai. Janganlah dilupai akan kebaikan yang pernah kita peroleh daripada orang lain". Terima kasih.

Tuan boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut.  

Tatabahasa30.03.2019
12345

Kembali ke atas