Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak sedap dilihat (didengar), cang­gung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras: bunyi­nya agak ~; kekasaran seorang isteri sangat ~ nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut; menjanggalkan menyebabkan (menjadi­kan) janggal, membuat sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan; kejanggalan 1. perihal janggal, kecang­gungan; 2. sesuatu yg janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl tidak lekat pd tempurung (isi buah kelapa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak sedap didengar (kerana tidak kena sebutan atau iramanya); tidak sedap dilihat (kerana tidak kena perbuatannya atau kelakuannya); tidak sesuai: ~ saja bunyi sajaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janggal (adjektif)
Bersinonim dengan canggung, pelik, kekok, kaku, tidak sedap, tidak sesuai, tidak selaras, sumbang, segok;,
Kata Terbitan : menjanggalkan, kejanggalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya telah terjumpa satu rangkai kata yang agak janggal: "Siri Buku XXX" adakah ia salah dan wajar ditukar kepada: "Buku bersiri XXX". Adakah "buku bersiri" dan "siri buku" sesuatu yang berbeza? Terima kasih.Siri dan bersiri mempunyai maksud yang sama, iaitu rangkaian sesuatu yang sama (seperti cerita, buku, peristiwa, dan lain-lain) yang dikeluarkan (diadakan, disiarkan, dan lain-lain) berturut-turut. Contohnya: siri buku cerita kanak-kanak, drama bersiri, terbitan bersiri. Oleh itu, kedua-dua "Siri Buku" dan "Buku Bersiri" boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Makna14.05.2012
Sila nyatakan perbezaan bagi perkataan canggung dan kekok (Inggeris: not natural) dari segi makna dan penggunaannya.Kata canggung sama makna dengan kekok. Canggung bermaksud agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; atau disebut juga janggal: seperti contoh ayat: Aku berasa canggung/kekok/janggal sekali apabila bercampur gaul dengan mereka.Makna28.01.2011
Salam Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "hati telah beku"? Adakah frasa ini kedengaran janggal bagi penutur asli bahasa Melalyu? Adakah perkataan "hati" berkolokasi dengan "beku" dalam bahasa Melayu? Mohon tuan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera,

Penggunaan frasa hati telah beku lebih kepada bahasa percakapan sama halnya dengan 'hati kering'. Lazimnya yang digunakan oleh pengamal bahasa ialah 'hati batu' yang merujuk kepada individu bengis dan degil.

    

Tatabahasa06.11.2012
Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal.Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat.Lain-lain31.12.2010
Ini zaman teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ada pihak menganggap singkatan TMK dalam ayat di atas janggal kerana singkatan yang lazim digunakan ialah ICT. Apakah pendirian DBP?Untuk makluman saudara, dari sudut universal, ICT memang menjadi pilihan pengguna, namun demikian, dalam konteks Malaysia, disarankan agar digunakan TMK kerana secara tidak langsung, kita akan dapat memperkayakan lebih banyak kata daripada bahasa kebangsaan dan akan dapat memupuk rasa megah bahasa.Lain-lain25.06.2007
dalam Kamus Dewan dinyatakan masa tengah hari bemula jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00. Saya rasa janggal kalau jam 2.00 dinyatakan sebagai 2.00 tengah hari. Saya rasa jam 1.00 tengah hari adalah betul tetapi jam 2.00 ialah 2.00 petangUntuk makluman tuan, waktu tengah hari bermula pada pukul 12.00 hingga 1.59, mulai pukul 2.00 ghingga 6.59 kita nyatakan sebagai waktu petang.Lain-lain08.04.2013
para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq

Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3.  tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya,  bergantung pada konteks penggunaannya.

Makna09.09.2011
Thesis saya dalam bahasa inggeris ialah Influences of organizational culture as mediating factor for talent management in developing high potential talent pool. Ada beberapa istilah pengurusan yang agak janggal untuk saya definisikan dalam bahasa melayu dan ingin mohon bantuan pihak tuan. Istilah tersebut ialah 'mediating factor' ; talent management dan ; high potential talent pool. Terima kasihPadanan mediating factor dalam bahasa Melayu ialah faktor perantaraan, talent management ialah pengurusan bakat dan high potential talent pool kami cadangkan diterjemahkan kepada kumpulan bakat yang berpotensi tinggi.Istilah19.12.2012
perbezaan antara sultan dan raja

Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'.

Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: 

Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain);

Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; 

Makna02.07.2009
Saya mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka dinaik taraf kepada Jabatan Bahasa dan Pustaka. Usaha memartabatkan bahasa Melayu akan lebih berkesan jika DBP dijadikan Kementerian Bahasa dan Pustaka.Mungkin cadangan ini agak janggal tapi tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP.Lain-lain06.09.2009
12

Kembali ke atas