Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (had­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 masa (ukuran, ruang) yg telah ditentukan lamanya (panjangnya, luasnya dsb): Dlm ~ enam bulan, rumah itu akan siap. 2 tingkat atau had masa (dlm sesuatu usaha, peristiwa dsb): ~ panjang dlm tingkat atau had masa yg panjang (lama); ~ pendek dlm tingkat atau had masa yg pendek (singkat). menjangka 1 menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan: Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2 menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. jangkaan apa-apa yg dijangka; dugaan; sangkaan: Kemenangan ini di luar ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin mendapat kepastian dari segi aspek kesalahan bahasa. Tolong periksa kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut:~ i). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Yang manakah lebih tepat:~ i). Jangka hayat dan soal kematian pada tangan tuhan atau ii). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Perjelasan: di - kt sendi nama untuk tempat Adakah kt sendi nama ' Di" boleh digunakan untuk anggota badan. Terima kasih

Ayat yang betul ialah “Usia dan soal kematian terletak pada tangan Tuhan”. Penggunaan kata sendi nama “pada” dalam ayat tersebut betul kerana berfungsi untuk menunjukkan "keterangan tempat". Manakala penggunaan kata sendi nama “di” tidak betul kerana kata sendi nama tersebut berfungsi untuk "menunjukkan tempat". Contohnya, “Ibunya bekerja di kantin sekolah itu”.

Tatabahasa02.03.2022
HALO,ASKUM, SY NK TANYA TENTANG MAKSUD AYAT GRAMATIS DLM CERPEN YG SESUAI DENGAN ZAMAN KINI,IAITU=TERKEKEH,SECARA BERKALA,BUNGKAM,DAN SAYA NAK TAHU PERBEZAAN AYAT GRAMATIS DAN DRAMATIS?

Waalaikumusslam wbk. 

Gramatis dalam cerpen bermaksud ayat yang dibina adalah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam hal ini ayat yang dibina adalah lebih menarik dibaca atau berseni. Maksud ayat:

i.     Terkekeh bermaksud ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak. Binaan ayat dengan kata sifat   ini dibenarkan dalam cerpen kerana ia jelas dan menarik. 

ii.     Berkala (keluar, terbit, dsb) bermaksud berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu).

iii.    Bungkam bermaksud tidak bersuara (bercakap dll), diam.

Perbezaan ayat dramatis ialah ayat yang dibina oleh penulis drama mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa dan sifatnya lebih jelas, berseni dan menarik.

Lain-lain20.03.2008

Kembali ke atas