"apakah perbezaan temu janji dan janji temu? teima kasih.." | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih. | Ejaan | 01.05.2014 |
"temu janji" atau "janji temu"? | Jawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum. | Lain-lain | 06.08.2007 |
temu janji atau janji temu? TQ | Jawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum. | Makna | 04.09.2012 |
Salam. Apa beza antara janji temu dan temu janji? Banyak buku-buku latihan menulis temu janji. Tq | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih. | Ejaan | 07.09.2015 |
janji temu atau temu janji | janji temu | Tatabahasa | 25.09.2014 |
Perkataan manakah yang betul berdasarkan hukum D-M? Temu janji atau janji temu? | Mengikut Kamus Dewan, janji temu ialah janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan. Kata temu bukan penerang untuk kata janji. | Makna | 16.12.2014 |
Salam sejahtera Nama:Raudhah 'Aqeela Zamiruddin Soalan:antara temu janji dan janji temu mana yang betul.berikan alasanya | Janji temu yang betul. Alasannya. seseorang akan janji dahulu sebelum bertemu. Tidak mungkin seseorang akan bertemu dahulu kemudian berjanji.T.kasih. | Lain-lain | 01.08.2008 |
temu janji atau janji temu, yang mana satu betul? | Yang betul ialah janji temu. | Istilah | 28.07.2008 |
Yang manakah kata majmuk yang betul? Temu janji atau janji temu? | Penggunaan yang terdapat dalam Kamus Dewan ialah janji temu. | Tatabahasa | 29.03.2008 |
Tuan, setahu saya hanya ada aku janji. Wujudkah akur janji? Jika kedua-duanya wujud, apakah perbezaannya? Terima kasih. | Perkataan aku janji ialah padanan undertaking dalam bahasa Melayu yang lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran, manakala perkataan akur janji boleh digunakan dalam konteks umum yang bermaksud setuju berjanji. | Istilah | 27.03.2012 |