a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Lain-lain | 29.11.2011 |
Yang mana lebih tepat: a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Lain-lain | 29.11.2011 |
Manakah penggunaan yang lebih tepat di dalam ayat berikut? "Ahmad seorang yang berpegang PADA/KEPADA janjinya" Tatabahasa Dewan Edisi Keempat tiada jawapan yang jelas. Menurutnya, PADA boleh digunakan bersama kata nama yang menunjukkan tempat. Manakala KEPADA digunakan apabila menyatakan satu-satu sasaran samada manusia, haiwan atau unsur mujarad. Justeru adakah objek 'janji' boleh dianggap secara abstrak sebagai tempat untuk penggunaan PADA? Adakah wajar objek 'janji' dianggap sebagai sasaran untuk penggunaan KEPADA? Harap pihak tuan sudi untuk memberi penjelasan. | Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepadadigunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepadadirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah padabulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Jawapan yang betul untu pertanyaan tuan tersebut ialah: Ahmad seorang yang berpegang PADA janjinya. | Lain-lain | 24.11.2017 |
Salam sejahtera Saya ingin bertanya tentang peribahasa-peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut: i/ bagai isi dengan kuku ii/ kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya iii/ rambut sama hitam, hati lain-lain Terima kasih | Saudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 03.10.2009 |
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c) | Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang. Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar. Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP. | Tatabahasa | 28.04.2009 |