Nurul Jannah 9:48AM Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan biasiswa untuk pelajar universiti yang mengambil jurusan bahasa Melayu? | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Puan Dr. Dahlina binti Daut melalui telefon/e-mel o3-21479224/dahlina@dbp.gov.my . | Lain-lain | 01.09.2016 |
Saya Suwaibah Walohtae, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar. Saya ingin bertanya DBP perkataan "Jannah" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? Terima kasih. | Kata ‘jannah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab yang bermaksud syurga, taman firdaus. | | Makna | 24.09.2014 |
MAKNA DIAGNOSIS | Puan Nurul Jannah, Makna diagnosis ialah perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya. | Makna | 05.05.2010 |
Saya Muminah Saleah, sedang belajar Universiti Fatoni. Saya ingin bertanya DBP, perkataan "MAHKOTA" Berasal dari bahasa apa? dan apa makna? Terima kasih. | Kata ‘jannah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab yang mempunyai 5 maksud iaitu, 1. tajuk kebesaran raja. 2. Kiasan untuk orang yang memerintah, raja 3. gelaran untuk orang besar-besar 4. perhiasan kepala seperti yang biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pemenang peraduan ratu cantik); 5. Kiasan untuk kekasih. | Makna | 24.09.2014 |
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasih | Berhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam. | Lain-lain | 15.03.2009 |