Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.ti.na] | جنتينا

Definisi : jenis kelamin (laki-laki atau pe­rem­puan); dua ~ dua jenis kelamin, pondan; sejantina 1. (bagi tumbuh-tumbuhan) bunga jantan dan bunga betina terdapat pd pokok yg berasingan; 2. (bagi binatang) benih jantan dan benih betina yg dihasilkan oleh jenisnya masing-masing; kejantinaan keadaan jantina (sama ada laki-laki atau perempuan), jenis kelamin: me­minda perlembagaan utk menghapuskan beza-membeza yg berdasarkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.ti.na] | جنتينا

Definisi : jenis kelamin (sama ada lelaki atau perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah jantina lelaki yang berjawatan menguruskan kewangan boleh bendahari atau bendahara?

Tuan,

Sama ada lelaki atau perempuan yang  menguruskan wang persatuan dan seumpamanya boleh dipanggil bendahari, rujuk nombor 2. - 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; penghulu ~ ketua bendahari; 2. pengurus wang kesatuan dll.

Terima kasih.

Istilah19.01.2011
salam tuan , apakah perbezaan antara jantina dengan genderGender membawa maksud jantina, iaitu jenis kelamin (laki-laki atau perempuan).Makna25.01.2012
Penggunaan 'wan' yang menunjukkan jantina dan peranan seseorang. Contohnya: peragawan, olahragawan, dan sebagainya. Di Indonesia seorang ahli bina badan dipanggil 'binaragawan'. Jadi, bolehkah istilah 'binaragawan' digunakan di Malaysia?Untuk makluman saudara, perkataan "binaragawan" tidak terdapat di dalam Kamus Dewan terbitan DBP. Frasa ahli bina badan boleh digunakan.Tatabahasa08.05.2013
Tuan, Saya ingin bertanyakan tentang penggunaan 'yang mana'? Bolehkah digunakan dalam pembinaan ayat? Contoh ayat:Dalam Bahasa Inggeris, penggunaan tanda jantina seperti she dan he sangat penting, yang mana tanda seperti ini tidak ada dalam Bahasa Melayu.

Frasa "yang mana" tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan where dalam bahasa Inggeris. Ayat yang betul ialah "Penggunaan tanda jantina seperti she dan he sangat penting dan tanda seperti ini tidak ada dalam bahasa Melayu".

Tatabahasa02.07.2011
sapaan wanita dalam surat rasmi (sudah mengatahui jantina dan nama)PuanIstilah25.01.2011
Contoh ayat: Etnik India mencatatkan peningkatan paling besar bagi kedua-dua jantina iaitu sebanyak 2.3 tahun. Manakala etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan yang paling kecil iaitu 1.3 tahun (lelaki) dan 1.6 tahun (perempuan) Soalan: Adakah penggunaan 'manakala' sesuai digunakan di permulaan ayat di atas.Contoh penggunaan kata 'manakala' yang betul ialah 'Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena' Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung keterangan dalam ayat yang sama.Tatabahasa16.12.2010
PENGGUNAAN ISTILAH YANG BETUL UNTUK BAYI KEMBAR PEREMPUAN ATAU BAYI PEREMPUAN KEMBAR?Lazimnya disebut jantina dahulu, iaitu "Bayi perempuan kembar".Tatabahasa06.06.2011
Assalamualaikum, Tuan, saya ingin mengetahui panggilan yang sesuai untuk digunakan dalam surat penghargaan kepada lelaki dan perempuan. Bolehkah saya menggunakan panggilan 'Tuan' untuk kedua-dua jantina penerima atau saya perlu gunakan 'Tuan' untuk merujuk kepada penerima lelaki dan 'Puan' untuk merujuk kepada penerima perempuan? Sekian, terima kasih.

Sapaan yang betul ialah tuan bagi lelaki dan puan bagi perempuan. Walau bagaimanpun jika penerimanya ramai dan terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka hendaklah ditulis tuan/puan.

Tatabahasa13.06.2011
(1) Tuk Penghulu akan memperisterikan Azman pada hujung minggu ini. (2) Cikgu Azman akan memperisteri gadis itu pada hujung minggu ini. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan dua objek yang berlainan jantina dalam konteks ayat di atas?Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang itu beristeri. Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang itu isteri. Penggunaan kedua-dua bentuk ini dalam ayat membezakan kedua-dua makna bagi perkataan ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 211.   Tatabahasa12.04.2009
Salam sejahtera; Tuan: Benarkah perkataan-perkataan berikut tergolong dalam kata ganti nama diri kedua? encik, puan, cik, tuan, saudara, saudari Terima kasihEncik, puan, cik, tuan, saudara dan saudari ialah panggilan kepada seseorang berdasarkan jantina, status dan situasi majlis.Tatabahasa14.10.2011
12

Kembali ke atas