Hujan yang tidak turun ----------- bulan Januari ------------ akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. A. daripada..... hingga B. sejak ..... kepada | Jawapan yang betul ialah Hujan yang tidak turun dari bulan Januari hingga akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. | Lain-lain | 11.08.2010 |
salam sajahtera, Adakah penggunaan ayat berikut sesuai atau kurang sesuai pengunaan struktur ayatnya."PENGAMBILAN JANUARI KINI DIBUKA" | Ayat yang betul ialah "PENGAMBILAN PELAJAR BULAN JANUARI KINI DIBUKA". | Tatabahasa | 25.01.2011 |
tidak dapat cetak kelulusan permohonan, masuk no. kelulusan, tiada sijil permohonan | Untuk makluman, pada petang 21 Januari 2015 sistem kami menghadapi masalah. Sila cuba lagi pada 22 Januari 2015. | Lain-lain | 21.01.2015 |
masuk no kelulusan tiada sijil kelulusan DBP/KPB//201501/05276 DBP/KPB/201501/05590 | Untuk makluman, pada 21 Januari 2015, Sistem Khidmat Pengesahan Bahasa menghadapi masalah. Sila cuba lagi pada 22 Januari 2015. | Lain-lain | 21.01.2015 |
salam sejahtera tuan. Saya perlukan kepastian tentang struktur bahasa berikut: (PENGAMBILAN JANUARI KINI DI BUKA) Adakah struktur ayat berikut betul/salah. Kalau ada kesilapan, bagaimanakah struktur ayat yang sepatutnnya dengan makna yang sama. | Ayat yang betul ialah 'Pengambilan pelajar bulan Januari kini dibuka'. | Tatabahasa | 09.01.2011 |
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUM | Sila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah. Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
Tentang vokal berganding, contoh sering diberikan sebagai satu sebutan "w" jadi: dua (dwa), gua (gwa), kuala (kwa/la), tua (twa). dan Januari (ja/nwa/ri). Apakah betul pecahan bunyi suku kata tersebut? Sedangkan latihan sebutan suku kata hanya menyebut da/di/du/de/do sebagai satu suku kata, dan a/i/u/e/o sebagai satu suku kata juga. Mohon pencerahan untuk perkataan berikut: gua / tua / kuala / Januari sahaja. | Contoh yang diberikan ialah vokal berganding. Perkataan seperti [du.a], [gu.a] dan [tu.a] mengandungi dua suku kata. Penggalan bunyi suku kata adalah seperti yang berikut: [dua], [gua] dan [tua]. | Tatabahasa | 28.01.2015 |
Salam sejahtera, Soalan ini pernah saya ajukan pada bulan Januari 2018 tetapi belum mendapat jawapan yang pasti dari pihak DBP. Oleh itu, saya ajukan soalan ini semula. Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris terbitan DBP, jump the gun membawa maksud bertindak sebelum masanya. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.11.2018 |
No langganan : 0328/17. Naskah dewan siswa untuk bulan Januari 2018 belum saya terima lagi. Harap hantar secepat mungkin. Emel pernah dihantar sebelum ini tetapi balas balik suruh tunggu hingga 15 Jan 2018 tetapi sampai kini masih belum terima lagi. Harap maklum, anak saya perlu buat rujukkan . Terima Kasih. Sekian Bishma 012-9408775 | fdf | Lain-lain | 18.01.2018 |
saya mencari terjemahan A Grain Of Wheat.saya nak sebelum 31 januari. Harap maklum,,terima kasih | Mengikut Kamus Collins Cobuild English Dictionary 'a grain of wheat' bermaksud rice, or other cereal crop is a seed from it. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan bermaksud biji atau butir. Sila rujuk halaman 637. | Makna | 28.01.2008 |