apakah makna jarak-jarak? bolehkah tuan beri beberapa contoh ayat ? | Perkataan jarak-jarak merupakan istilah yang digunakan dalam bidang komunikasi. Istiah sumber perkataan jarak-jarak ialah drive -out (space-out). | Tatabahasa | 03.10.2013 |
"Apakah maksud perkataan "jarak-jarak" dalam kata ganda? Tolong jelaskan. Terima kasih." | Dalam PRPM, perkataan "jarak-jarak" dikategorikan sebagai istilah dalam bidang Komunikasi yang kata sumbernya ialah drive-out (space-out). Merujuk kepada Kamus Inggeris Melayu DBP, kata space-out bermaksud "menjarakkan". | Makna | 04.10.2013 |
padang jarak padang tekukur? apakah maksud peribahasa ini? apakah itu padang jarak? di letaknya padang jarak? dan apa pula maksud padang tekukur? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat lanjut berkaitan bidalan ini. Kedua-dua frasa 'padang jarak' dan 'padang tekukur' atau keseluruhan frasa 'padang jarak padang tekukur' bermaksud kawasan yang luas yang ditinggalkan. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
As salam, Saya ingin tahu cara menulis elipsis dengan betul.Perlukah ada jarak sebelum dan selepas tanda elipsis. contohnya, yang mana antara berikut yang betul? A. Saya ... agak keliru. (Jarak sebelum dan selepas elipsis) B. Saya...agak keliru. (Tiada jarak) C. Saya ...agak keliru. (Jarak sebelum elipsis) D. Saya... agak keliru. (Jarak selepas elipsis) Terima kasih. | Alaikumussalam. Cara penulisan elipsis untuk konteks ayat yang dijadikan contoh ialah kaedah A, iaitu perlu ada jarak sebelum dan selepas: Saya ... agak keliru. | Lain-lain | 08.01.2015 |
Salam sejahtera, menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama “antara” digunakan untuk merujuk lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Adakah ini bermakna sekiranya saya ingin merujuk sesuatu yang mempunyai lingkungan ruang atau jarak, “antara” perlu dihadiri dengan “di”, yakni “di antara”? Bagaimanakah penggunaannya dalam konteks jarak yang terdiri daripada 2 objek dengan jarak yang terdiri daripada 3 objek? Contohnya, Jarak antara/di antara rumah Ali dan/dengan sekolahnya ialah 5km. [konteks ini melibatkan dua objek, yakni Ali (objek 1) dan sekolah Ali (objek 2)]. Bagaimanakah sekiranya lingkungan jarak tersebut melibatkan tiga objek? Mutu berdiri antara/di antara Shami dengan Ahmad. [Dalam konteks ini, terdapat tiga objek, yakni, Shami (objek 1), Mutu (objek 2) dan Ahmad (objek 3)] Adakah “antara” mesti berpasangan dengan kata hubung “dan” manakala “di antara” perlu berpasangan dengan kata sendi “dengan”? Apakah jawapan yang betul? Mohon beri tunjuk ajar. | Jika mempunyai ruang atau jarak, gunakan di antara, termasuk objek yang melebihi satu. Masukkan tanda koma bagi objek melebihi satu dan diakhiri dengan dan. Antara berpasangan dengan kata sendi dengan kerana menunjukkan perbandingan. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
Ayat yang manakah betul? a ) Jarak di antara kedai itu dengan rumah saya ialah 3km. b) Jarak antara kedai itu dengan rumah saya ialah 3km. | Ayat yang betul ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Jarak di antara kedai itu dengan rumah saya ialah 3kmi>. | Tatabahasa | 12.01.2015 |
Mohon panduan tatacara penggunaan ( / ) yang betul i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) atau ii. Perdana Menteri/ Timbalan (tanpa jarak dan dijarak)atau iii. Perdana Menteri / Timbalan (dijarakkan terus) Sekian, terima kasih jua. | Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) | Tatabahasa | 08.04.2015 |
ataupun (jarak atau dekat) telahpun (jarak atau dekat) analisa atau analisis? dari (tempat atau orang?) daripada (tempat atau orang?) | 1. Pertikel "pun" secara umumnya ditulis terpisah daripada kata sebelumnya kecuali untuk kata tugas berikut: adapun,andaipun,biarpun,kendatipun,mahupun,sekalipun,walaupun,ataupun,bagaimanapun, kalaupun,lagipun,meskipun dan sungguhpun. Jadi, "ataupun" dieja secara bercantum, manakala "telah pun" dieja secara terpisah.
2. Analisis, analisa ejaan lama.
3. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.
| Tatabahasa | 08.04.2013 |
apakah maksud "padang jarak padang terkukur?" mengapakah ia bermaksud demikian? kerana perkataan terkukur memang sukar dikaitkan dengan "padang". | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat lanjut berkaitan bidalan ini. Kedua-dua frasa 'padang jarak' dan 'padang tekukur' atau keseluruhan frasa 'padang jarak padang tekukur' bermaksud kawasan yang luas yang ditinggalkan. | Tatabahasa | 28.01.2011 |
1. Jarak antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. 2. Jarak di antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. Ayat yang mana betul? Beza antara dan di antara? Mohon penjelasan. | Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. 1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah) 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. Jawapan- Ayat nombor dua lebih tepat | Tatabahasa | 31.08.2015 |