Ingin tahu ejaan yang betul untuk: 1) insya allah. Perlu didekatkan atau jarak? 2) hamba-hamba Ku. "Ku" merujuk kepada Tuhan. Perlu dijarak atau didekatkan perkataan "Ku"? 3) Tuhan ku. "Ku" merujuk kepada aku. Perlu dijarak atau didekatkan? Sekia, terima kasih. | Saudara, Ejaan yang betul ialah : i. insya-Allah ii. hamba-hamba-Ku iii. Tuhanku | Ejaan | 08.11.2010 |
Saya memohon pihak DBP untuk menerangkan kaedah penggunaan 'di' dalam ayat dan... simbol berikut juga di dalam ayat: 1. / 2. : 3. : - 4. () dan [] serta {} adakah jarak antara ayat diperlukan dalam penggunaan simbol-simbol tersebut. Terima kasih. | 'Di' sebagai awalan: digunakan sebagai pembentuk kata kerja pasif untuk pelaku ketiga, misalnya diangkat, dibawa, dicuri, disimpan dsb. 'Di' sebagai kata sendi mempunyai ciri-ciri yang berikut: i- 'di' sama golongan dengan kata sendi dari, daripada, pada, kepada dsb. ii- Kesemuanya memerlukan objek. Objek pula hanya terbentuk daripada frasa nama yang menunjukkan tempat, dan arah, seperi di sekolah, di padang, dsb. 1. / - tidak perlu dijarakkan selepasnya 2. : perlu dijarakkan selepasnya 3. : - perlu dijarakkan selepasnya 4. () dan [] serta {} - Tidak perlu dijarakkan. | Lain-lain | 21.05.2009 |
Boleh saya dapatkan penerangan terkini mengenai penggunaan kata sendiri berikut? 1) dari / daripada 2) hanya / dengan 3) melalui / menerusi 4) antara / di antara 5) baru - baharu | 1. Kata sendi dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber). 2. Kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata hanya merupakan golongan kata penegas. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi. 3. Kata melalui berasal daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Kata melalui membawa maksud "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Kami berjalan melalui/menerusi lurah dan bukit. 4. Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya "Mereka berbincang antara adik-beradik". Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah "Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi". 5. Kata baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Untuk penggunaan umum, puan boleh mengambil makna daripada kamus, namun jika untuk tujuan pembelajaran di sekolah, perlulah mematuhi rumus dalam buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.05.2019 |
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECIL | Menurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan. 1. Tanda Titik Bertindih ( : ) a) Memperkenalkan atau menambah keterangan. contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar) b) Memisahkan: i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan. ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem. iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran. iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid. v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah. vi) tahun dan halaman rujukanĀ bagi penerbitan. vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi. c) Menunjukkan nisbah. tanda seru ( ! ) - Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu! -Huruf besar selepas tanda seru. Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.09.2012 |