Syeryfah Farid Oct 24th, 9:56am ssalammualaikum w.b.t, Salam sejahtera tuan/puan, Saya bernama Syarifah Jariah Farid, 22, merupakan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia. Saya sebenarnya diberikan tugasan oleh pensyarah untuk mencari majalah yang sesuai bagi menerbitkan rencana/artikel yang saya tulis. Oleh itu, sudilah kiranya pihak DBP membaca dan menilai artikel saya ini. Saya berasa artikel ini sesuai dimuatkan dalam majalah DBP. Namun demikian,saya berharap Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan sebarang cadangan untuk membolehkan saya terbitkan artikel ini di majalah. Sekian, terima kasih. Wassalam. p/s: Boleh saya dapatkan alamat emel untuk hantar artikel. | Asalammualaikum Puan, Puan boleh menghantar artikel terus kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, azmi@dbp.gov.my atau terus kepada editor majalah yang telah dikenal pasti. Sebelum menghantar artikel kepada DBP, puan haruslah berkenalan terlebih dahulu dengan majalah DBP. Kena lpasti majalah dan sasaran pembaca serta isu yang hendak dikupas supaya memudahkan puan menulis artikel kerana DBP menerbitkan 11 majalah untuk keperluan pelanggan. Artikel yang ditulis mestilah ditulis dalam bahasa melayu yang baik, berkualiti dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penerbitan majalah DBP. Tidak salah untuk puan mencuba, malah kami amat mengalu-alukan artikel daripada penulis. Terima kasih. | Lain-lain | 24.10.2014 |
Memohon Khidmat Nasihat Tanda Baca | Hadis Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasullah SAW bersabda, "Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu; 1. sedekah jariah 2. ilmu yang dimanfaatkan, dan 3. anak soleh yang mendoakannya." | Tatabahasa | 25.09.2014 |
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih. | 1. Kedua-duanya betul. 2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.
| Lain-lain | 20.08.2009 |
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. Amal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; | Makna | 18.10.2010 |