adakah pengguna bahasa saya di bawah ini benar? Mintak jasa baik tuan puan untuk memeriksa dan memperbetulkannya. Sekian. Tuan/Puan, Berkenaan perkara diatas, saya meminta jasa baik Tuan / Puan untuk memeriksa penggunaan bahasa saya di atas baner yang akan saya hantarkan kepada dewan bahasa untuk mendapatkan sijil. Ayat di atas baner tersebut adalah seperti berikut:- Pilihan=Dorsett 50% untuk tempahan bilik ke-2 Tempahan & Tempoh Penginapan: 1 Julai sehingga 30 September 2015 Pekej mengikut Terma & Syarat memohon Ayuh! Nikmati Raja Buah 8 & 9 Ogos 2015 12tgh – 4ptg RM60.00+ Dewasa RM30.00+ Kanak-Kanak Diskaun 25% untuk bilik | Sila kemukakan permohonan tuan berserta visual melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 06.07.2015 |
Assalamualaikum Tuan, Minta jasa baik untuk mengedit bahasa Melayu seperti di bawah ini , terima kasih: Saya Hasbi dari syarikat HBY, adalah regional partner Malaysia dari RZ Products Germany Kami ingin memperkenalkan produk keselamatan untuk melindungi Data Center room , NATO standard kami ingin meminta jasa baik tuan untuk mendapat satu tarikh temu janji untuk kami berikan sedikit maklumat tentang produk tersebut. Sila Tuan rujuk attachment file sedikit maklumatnya Jika ada sebarang pertanyaan sila tuan hubungi saya : Hasbi - 014 228 3352 Terima kasih Wassalam HBY Cakradonya | Saya Hasbi dari syarikat HBY, ialah rakan kongsi wilayah (regional Partner) Malaysia dari RZ Products Germany. Kami ingin memperkenalkan produk keselamatan untuk melindungi Data Center room , NATO yang standard. Kami ingin meminta jasa baik tuan mengatur temu janji untuk kami memberikan maklumat tentang produk tersebut. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 014 228 3352. Terima kasih. Wassalam. Pembetulan ini berdasarkan kefahaman kami tentang teks yang disertakan. | Tatabahasa | 03.12.2014 |
ejaan yang betul bagi perkataan berikut jasa baik atau jasabaik keretapi atau kereta api walau bagaimana pun atau walau bagaimanapun | Ejaan yang betul bagi perkataan: 1. jasa baik 2. kereta api 3. walau bagaimanapun | Ejaan | 08.07.2014 |
Salam Saudara, Saya ira, mohon jasa baik saudara untuk menterjemahkan kata bahasa inggeris ke bahasa malaysia seperti berikut: 1) full condo facilities 2) matured neighbourhood ** perkataan di atas adalah untuk risalah jualan. Jasa baik saudara amat dihargai. Sekian , Terima Kasih. | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "full condo facilities" ialah kemudahan kondominium sepenuhnya. Perkataan "matured neighbourhood" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sila berikan maksud atau konsep perkataan tersebut supaya kami dapat memberikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 09.11.2016 |
Saya Siti Aminah Sarno mewakili pihak syarikat Medical Biotherapy Sdn Bhd ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak penggunaan bahasa pada papan iklan pusat rawatan kami di bawah. "Pusat Rawatan Luka Bioterapi" Jasa baik pihak Tuan amat kami hargai. Terima kasih. | Frasa 'Pusat Rawatan Luka Bioterapi' boleh digunakan sebagai keterangan aktiviti syarikat. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:) | Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
Tuan/Puan, Kami meminta jasa baik tuan puan untuk menyemak statement dibawah. "Kami berusaha untuk menyediakan bekalan elektrik yang berterusan, memenuhi kehendak pihak yang berminat dan untuk mencapai kepuasan pelanggan setanding dengan mana-mana utiliti bertaraf dunia melalui perkhidmatan yang cekap, sopan dan boleh dipercayai, serta penambahbaikan berterusan sistem pengurusan. kualiti kami." Jasa baik tuan/puan amatlah dihargai. Terima Kasih. | Kami berusaha untuk menyediakan bekalan elektrik yang berterusan, memenuhi kehendak pihak yang berminat dan mencapai kepuasan pelanggan setanding dengan mana-mana kemudahan bertaraf dunia melalui perkhidmatan yang cekap, sopan dan dipercayai, serta penambahbaikan berterusan sistem pengurusan. | Tatabahasa | 08.05.2017 |
Assalamualaikum, mohon jasa baik tuan/puan/cik puan untuk menjelaskan penggunaan kata sendi yang tepat bagi ayat di bawah. 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. 2. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu dari dalam. Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan/cik puan didahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. - penggunaan kata sendi nama daripada yang paling tepat kerana merujuk sumber. | Tatabahasa | 14.12.2011 |
Assalamualaikum Tuan, Minta tolong jasa baik tuan untuk semak dan edit ayat di bawah dengan bahasa melayu yang betul seperti di bawah ini: "Jika apa yang kita rancang/plan dan ianya berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah dari Allah. Tetapi jika tidak berjalan apa yang telah kita rancang, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang , itu adalah suatu anugerah Ilahi yang di tangguhkan / ditunda sebab Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk yang terbaik dari Allah ,terus berusaha mencari peluang dan sentiasa fukus, yakin pada diri anda serta bertawakkal padaNya. Terima kasih atas jasa baik tuan Wassalam Hasbi | Jika apa yang dirancang berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah daripada Allah. Tetapi jika sebaliknya, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang. Perancangan itu ditunda buat sementara waktu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk, di samping berusaha mencari peluang, sentiasa fokus, yakin pada diri dan bertawakkal kepada-Nya. | Lain-lain | 03.11.2015 |
Minta jasa baik pihak tuan untuk semak terjemahan ini, High quality products and services through continual improvement (Produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui penambahbaikan yang berterusan) Timely delivery of products and services (Penghantaran produk dan perkhidmatan mengikut masa yang ditetapkan) Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements (Amalan perniagaan yang mampan untuk memenuhi keperluan semua pemegang taruh) | Terjemahan tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. High quality products and services through continual improvement. Produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui penambahbaikan berterusan. 2. Timely delivery of products and services. Penghantaran produk dan perkhidmatan tepat pada masanya. 3. Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements. Kelestarian amalan perniagaan untuk memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, terjemahan tersebut perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam teks yang dimaksudkan. Untuk pertanyaan yang akan datang, mohon kemukakan satu pertanyaan dalam satu medan soalan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2025 |