Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jauhkan

Peribahasa

320

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, "Jauhkan daripada keburukan" atau "jauhkan dari keburukan"? Sekian, terima kasih.Contoh ayat yang betul ialah "Jauhkan diri daripada keburukan". Masukkan kata nama sebelum kata sendi daripada.
Tatabahasa03.10.2020
1. Jauhkan ubat nyamuk dari / daripada langsir? Apakah jawapan untuk soalan ini? Soalan ini ada dalam buku teks bm sjk tahun 2.

Kedua-dua boleh digunakan. harap maklum.

Tatabahasa22.05.2008
Soalan 1 : Hi, saya ada soalan mengenai label makanan untuk mendapatkan istilah yang betul untuk bahasa melayu Soalan 1) Avoid direct sunlight Option a : Jauhkan daripada pancaran terus matahari Option b : Jauhkan dari pancaran matahari langsung. Soalan 2) Simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka. Consume within 5 days Option a : Habiskan dalam masa 5 hari Option b : Habiskan di dalam masa 5 hariPadanan bahasa Melayu bagi ayat Avoid direct sunglight ialah "Jauhkan produk daripada cahaya matahari".
Padanan bahasa Melayu bagi ayat Consume within 5 days ialah "Habiskan dalam masa lima hari".
Tatabahasa12.08.2024
Keep out for childrenjauhkan daripada kanak-kanakLain-lain25.06.2008
Soalan saya- bagaimana penggunaan perkataan 'pasca' apabila digabungkan dengan perbuatan, contohnya pasca dan pemprosesan, perlu letak '-' atau rapatkan atau jauhkan? Untuk pertama kali atau untuk kali pertamaSelamat petang:

1. Yang betul cara penulisan pasca ialah pascapemprosesan
2. Frasa untuk pertama kali atau untuk kali pertama boleh digunakan bergantung pada aspek yang ditekankan atau didahulukan.
 Sekian, terima kasih.

Tatabahasa03.10.2016
Saya ingin bertanyakan penggunaan perkataan 'dari' dan 'daripada'. Saya menghadapi beberapa keraguan semasa menggunakan perkataan-perkataan di atas. Soalan 1: Jauhkan ubat nyamuk ______ langsir. Soalan 2: Dia terjatuh ________ basikalnya. Soalan 3: Ali terjatuh ________ bumbung semasa membaiki tangki rumahnya. Soalan 4: Dia melompat keluar ________ kereta itu apabila penculiknya menghentikan kereta di simpang jalan. Bolehkan tuan/ puan berikan jawapan yang sepatutnya diisi dan terangkan sebabnya. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan. Terima kasih.Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut.Tatabahasa31.03.2010
Ingin bertanya, jika terdapat dialog di tengah ayat, adakah selepas pembuka kata huruf kecil @ huruf besar? CTH: (Dia membalas, “selagi Farhah jauhkan diri dari Azrul, selagi tu dia akan kacau Farhah.)Berdasarkan contoh ayat yang tuan berikan, selepas pembuka kata dieja dengan huruf kecil, kecuali jika pembuka kata itu merupakan perkataan pertama yang banyak kita temukan dalam dialog barulah ditulis dengan huruf besar.Ejaan05.02.2014
saya merupakan pelajar tahun akhir di ums... sekarang saya sedang menulis tesis tentang kraftangan di sabah. saya ingin kepastian ejaan "kraftangan" sama ada di jauhkan atau di dekatkan... menurut kamus edisi ke 4, ejanya jauh.Ejaan yang betul ialah kraf tangan kerana kata majmuk kraf tangan hasil gabungan kraf dan tangan dan kedua-dua perkataan tersebut boleh berdiri sendiri. Kraf tangan tidak termasuk dalam senarai kata majmuk yang mantap yang dieja dalam satu perkataan..Ejaan21.11.2012
Salam sejahtera, Tuan/Puan Saaya amat keliru tentang penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'. Walaupun telah merujuki Kamus Dewan Edisi Empat dan bertanyakan guru bahasa, jawapan yang diberikan masih bercangggah. Bolehkah tuan/puan mengesahkan ayat manakah yang betu? 1a) Keluarkan air dari akuarium 1b) Keluarkan air daripada akuarium 2a) Minium jus dari kotak minuman 2b) Minum jus daripada kotak minuman 3a) Jauhkan kerosin dari sumber haba 3b) Jauhkan kerosin daripada sumber haba Sekian, terima kasih CKKata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh: 1. Lori itu datang dari arah kiri. 2. Saya datang dari kampung. 3. Keadaannya makin tenat dari sehari ke sehari. 4. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mneyatakan perkara berikut:
1. Punca bagi manusia atau institusi , haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
2. Sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
3. Perbezaan atau perbandingan.
4. Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.
Berdasarkan ayat yang diberikan, semuanya merujuk kepada punca bagi benda dan unsur mujarad (abstrak). Oleh itu, kata sendi nama yang betul ialah daripada.
Tatabahasa12.02.2012
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaikPaling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih.Lain-lain21.11.2006

Kembali ke atas