Bolehkah dua kata ganda diletakkan berturutan dalam satu ayat? Sebagai contoh “Benar, ayah. Belalang sembunyikan dalam semak-semak kira-kira sebatu jauhnya dari bendang itu,” kata Belalang. | Penggunaan kata ganda dalam ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. Tidak ada peraturan yang menyatakan bahawa kata ganda tidak boleh diletakkan berturutan dalam satu ayat. | Tatabahasa | 25.02.2016 |
Adakah boleh diterjemah "That place is 20 miles away" sebagai "Tempat itu 20 batu di kejauhan"? | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai ialah "Tempat itu 20 batu jauhnya". | Penyemakan dan penterjemahan | 07.06.2023 |