ejaan "jawaban" di dalam kamus edisi ketiga, jawaban ejaaan yang salah tetapi di dalam kamus edisi ke-4 sudah dimasukkan sebagai entri. Maksudnya "jawaban" ejaan yang betul. Minta penjelasan kerana kekeliruan | Perkataan jawaban dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga adalah betul. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Istilah | 03.11.2009 |
Apakah perbezaan antara jawapan dengan jawaban | Tidak ada perbezaan antara jawapan dengan jawaban. Kedua-duanya betul. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Istilah | 17.03.2010 |
jawaban atau jawapan | Kedua-duanya betul. Bagaimanapun yang sering digunakan ialah jawapan. | Tatabahasa | 20.02.2009 |
Kata "jawab" ialah kata akar. Mengapakah apabila ditambah imbuhan akhiran -an, kata ini menjadi "jawapan" dan bukannya "jawaban"? | Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Istilah | 04.10.2009 |
1. Bagaimanakah dengan kosa kata~ 'jawaban' dengan 'jawapan'? 2. Adakah jawaban untuk menjelaskan apa-apa yang dijawab dengan secara spontan, manakala ' jawapan' untuk menjelaskan bahagian jawapan yang ditulis atau yang ditaip? | Untuk makluman, jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 01.10.2015 |
Jawapan dan jawaban mana satu betul? | Untuk makluman, jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Ejaan | 13.11.2016 |
Bagaimana ejaan yang betul? jawaban atau jawapan | Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi, iaitu pengimbuhan kata dasar jawab + akhiran -an, manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 15.12.2011 |
menggunakan_________surat khabar sebagai lapik duduk. A sekerat C sekeping B sehelai D selembar MUNSYI, JAWABAN IALAH SELEMBAR,ADAKAH JAWABAN INI BERTEPATAN? tk PETUNJUK MUNSYI SELAMA INI | Jawapan yang betul ialah sehelai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
Salam. Ingin bertanya. Mana satu yang betul? Jawapan atau jawaban? Pernah mengikuti kursus anjuran DBP pd tahun 2008 (bengkel tatabahasa) - yang digunapakai ialah jawaban. tetapi ada rakan yang pernah juga mengikuti kursus anjuran DBP - dimaklumkan bahawa 'jawapan' yang betul. Terima kasih. | Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Adakah kedua-dua perkataan ini iaitu' jawaban' dan 'jawapan' betul? Terima kasih. | Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |