Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jawat
Kata Terbitan : sejawat, berjawat, menjawat, jawatan, berjawatan, penjawat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a)jawatan kuasa b)pasukan pelaksana/perlaksana c)YBhg.?a)jawatankuasa b)pelaksana c)YBhg.Ejaan25.07.2011
macam mana hendak mengeja ahli jawatan kuasaAhli jawatankuasa dieja sebagai dua perkataan - {ahli} + {jawatankuasa}Ejaan20.09.2002
Bagaimana ingin mengenalpasti perbezaan antara kata majmuk yang dijarakkan atau didekatkan. Contohnya 'jawatankuasa' atau 'jawatan kuasa'Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu termasuklah jawatankuasa, perkataan lain ialah warganegara, setiausaha, olahraga, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.Tatabahasa27.07.2011
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT Sebelum ini saya pernah mengemukan pertanyaan mengenai minit mesyuarat yang telah dibubarkan kerana jawatankuasa tersebut ditubuhkan HANYA untuk mengendalikan satu aktiviti sahaja iaitu Qurban Perdana 2015. Dan jawatankuasa lain akan ditubuhkan pada tahun 2016 dan dikendalikan oleh jabatan lain. Soalan : Adakah dibolehkan Pengerusi menandatangai minit mesyuarat memandangkan jawatankuasa terdahulu telah dibubarkan. ATAU Pengerusi akan menandatangani minit mesyuarat untuk pengesahan apabila Jawatan kuasa baharu ditubuhkan dan dikendalikan oleh jabatan lain. Mohon pencerahan. Sekian. Terima kasih.Merujuk amalan dalam organisasi kami, minit mesyuarat ditandatangani oleh pengerusi setelah dibincangkan dalam mesyuarat. Dalam hal ini, minit mesyuarat mengandungi kata alu-aluan, perbincangan, perkara berbangkit, pengesahan minit dan hal-hal lain. Setiap item ini akan diteliti satu demi satu dan akhirnya barlah ditandatangani oleh pengerusi. Justeru, pengerusi mesyuarat pada ketika itulah yang akan menandatangani minit tersebut, walaupun berkemungkinan pengerusi mesyuarat terakhir bukanlah pengerusi dalam mesyuarat sebelumnya.Tatabahasa12.10.2015
Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah.

Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.

Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu.  Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.
Makna17.04.2014
Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima cadangan penambahbaikan ejaan/ istilah dalam penulisan Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) seperti berikut: 1. Ejaan Sekarang : Bahagian Penguatkuasa Cadangan :Bahagian Penguatkuasaan (Dalam konteks Organisasi/ Bahagian/ Sektor/ Cawangan) 2. Ejaan Sekarang :Penguatkuasa Cadangan :Penguat Kuasa (Dalam konteks Jenis-jenis Jawatan dan Gelaran Jawatan) Contoh penulisan waran perjawatan adalah seperti di Lampiran. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas ejaan sebenar bagi perkara yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata penguat kuasa bermaksud orang atau pihak yang menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya, manakala penguatkuasaan ialah perbuatan atau proses menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya.

Lantaran makna tersebut, jika nama jawatan perlulah menggunakan kata penguat kuasa, misalnya Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Trafik.

Bagi nama unit/bahagian/jabatan dan sebagainya yang melibatkan proses atau tanggungjawab menguatkuasakan sesuatu, perlulah menggunakan kata penguatkuasaan misalnya Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Unit Penguatkuasaan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Makna06.01.2025
Boleh tuan bezakan antara "watikah" dan "pelantikan"? Bolehkah saya gunakan perkataan watikah pelantikan pengawas?. Terima kasih."Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang, manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas.Makna12.02.2014
Adakah sama maksud antara watikah dengan pelantikan. Contoh, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas ATAU Majlis Penyerahan Watikah Pengawas. Terima kasih."Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang), manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas.Makna21.02.2017

Kembali ke atas