Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu di­tim­bangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawi I

Puisi
 

Melenguh jawi belang untung,
     Tiap ke sawah orang bajakkan;
Menangis nan buruk untung,
     Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi terkurung siang.

Bermaksud :

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru penggunaan ejaan jawi dbp semasa kerana ianya mempunyai perubahan dengan ejaan jawi lama, adakah ejaan jawi dbp ini diubah suai dari ejaanjawi lama atau ianyamempunyai kaedah tertentu bagi ejaan jawi untuk digunakan pada masa kini sebagai contoh dalam pengajaran .

Asas yang digunakan untuk Sistem Ejaan Jawi Terkini ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang bukunya diterbitkan pada tahun 1949 setelah usaha pengumpulan data yang dilakukan oleh Za'ba bermula pada tahun 1918.  Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi mengatasi kekurangan, kekeliruan dan ketidakselarasan. Semua proses tersebut melalui jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasil dapatan/kajian JK tersebut telah dibentangkan dalam Konvensyen Jawi Kebangsaan pada tahun 1983. Sistem ejaan Jawi itu digelar Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan dan sistem inilah yang digunakan sehingga sekarang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pedoman Ejaan Jawi yang digunakan kini sila dapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi terkini.

Lain-lain19.11.2008
Yang mana satu betul: JAKIM atau Jakim, JAWI atau Jawi (Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan). Minta beri penjelasan. Terima kasih.Kata akronim hendaklah dieja menggunakan huruf besar kerana  hurufnya diambil daripada huruf pertama nama asal atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan, misalnya JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAWI - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MARA - Majlis Amanah Rakyat.Ejaan17.06.2008
saya pelajar phd saya membuat kajian tentang teks jawi tlisan tangan. soalan sya ialah adakah terdapat mana2 buku keluaran DBP berkaitan dengan tulisan jawi dan buku2 yang mengandungi jawi tulisan tangan seperti dalam bentuk syair dsbnya. Selain itu ada tak buku yang bertajuk syair rakisTerdapat banyak buku tentang Jawi di perpustakaan seperti Naskhah Jawi Sejarah dan Teks, DBP, 1994 dan Tulisan Jawi: Sejarah, Seni dan Warisan, Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2005 dan untuk mendapatkan senarai buku dan makalah yang berkaitan sila layari prpm.dbp.gov.my, tuliskan di carian kata tajuk buku atau makalah yang berkitan atau kata kuncinya jawi, dan klik pada buku atau artikel. Tidak ada tajuk buku Syair Rakis dalam sumber rujukan kami.Lain-lain16.03.2010
Salam sejahtera, Saya ada beberapa soalan tentang perkembangan tulisan jawi di negara ini. 1-Bagaimana pihak DBP berperanan dalam mengekalkan warisan ini. 2-Bagaimana sambutan para pelajar terhadap tulisan jawi pada masakini. 3-Apakah kelebihan lain menguasai tulisan jawi selain daripada menguasai asas bahasa arab dan memantapkan amalan fardhu ain. Sekian, terima kasih.

1- Pengeluaran buku teks Jawi, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, penganjuran ceramah Jawi, penyelidikan tentang Jawi, dll. Usaha memartabatkan semula tulisan Jawi sekarang ini sebenarnya bermula daripada usaha DBP.

2- Pelajar sekarang semakin celik Jawi terutama pelajar sekolah rendah selepas J-Qaf diperkenalkan.

3- Sekiranya anda mahir dalam seni khat anda boleh manfaatkan bakat anda itu untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Lain-lain30.10.2008
Assalamualaikum, saya nak buat pertanyaan berkaitan terjemahan rumi kepada jawi. Di mana saya boleh merujuk dengan mudah berkaitan perkara tersebut?Adakah laman e-jawi converter yang saya temui di internet boleh dijadikan rujukan? terima kasih wassalam.Untuk makluman saudara, DBP menerbitkan Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi- Sebutan - Jawi sebagai panduan penulisan Jawi. Jika e-jawi converter mengguna pakai Sistem Ejaan Jawi terbaharu, maka bolehlah menulis Jawi dengan betul. Lain-lain12.05.2011
Adakah ejaan "K" dalam tulisan jawi seperti ini? "kaf-ya-ha" Bagaimanakah caranya menulis P.J.K dalam tulisan jawi?Terdapat dua cara mengeja huruf, pertama satu huruf Rumi diwakili satu huruf Jawi atau huruf Rumi dieja mengikut bunyi dalam ejaan Jawi. Contohnya: P.J.K. - .ف.ج.ك  atau .في.جي.كي
Perlu diingat huruf  Pa dalam ejaan Jawi mempunyai tiga titik.
Ejaan28.08.2012
Slam tuan, saya keliru penggunaan perkataan jawi lama dan baru yang mana satu boleh digunakan untuk ejaan semasa.Saya mencadangkan pihak tuan dapat menganjurkan kursus bagi memberi pendedahan sebenar berkenaan ejaan jawi yang betul.Kerajaan telah memperkenalkan j-Qaf (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain) kepada sekolah-sekolah rendah di seluruh negara semenjak beberapa tahun yang lalu. Untuk sukatan pelajaran Jawi semuanya menggunakan sistem ejaan Jawi terkini. Banyak rujukan berkenaan ejaan Jawi terkini mudah didapati dipasaran. Saudara boleh mendapatkan rujukan tersebut di pasaran. Kursus-kursus Jawi juga telah banyak dianjurkan di luar sana sama ada anjuran DBP atau pihak luar cuma sasaran peserta mungkin telah dikhususkan.Lain-lain09.06.2009
macam mana hendak mengetahui ejaan terbaru jawi- sebagai panduan pengajaran di sekolahPuan boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua. Buku ini merupakan rujukan Jawi utama masa kini. Selain daripada Daftar ejaan, terdapat juga pedoman ejaan Jawi di dalamnya.Lain-lain25.04.2009
Apakah aplikasi sistem terbaru bagi menyemak ejaan jawi terkini DPN, sekiranya dapat disenaraikan URL bagi menukarkan ejaan rumi kepada jawi yang tepat dan terkini. terima kasih

Salam Puan Amieda,

Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka belum membangunkan aplikasi sistem bagi menyemak ejaan Jawi. Buat masa ini DBP hanya menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi Edisi Kedua. Walau bagaimanapun saya mencadangkan puan merujuk jawi.net/">http://E-jawi.net Perisian ini boleh membantu puan menulis, walaupun ejaannya tidaklah tepat sepenuhnya. 

Lain-lain01.10.2010
ejaan sebenar : Saint Mark dalam tulisan jawiUntuk makluman tuan, ejaan Jawi khusus terpakai kepada perkataan Melayu kerana tulisan Jawi ialah tulisan dalam bahasa Melayu. Berpegang kepada panduan kata pinjaman/bahasa Inggeris yang dieja mengiku sebutan cadangan kami ialah سين ت  ما ر ك.Ejaan03.05.2012
12345678910...

Kembali ke atas