bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali? | Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang. | Ejaan | 06.11.2009 |
Apakah ejaan yang betul boleh digunakan antara ‘Bandar Raya Subang Jaya’ atau ‘Bandaraya Subang Jaya’ tanpa menggunakan perkataan Majlis pada pangkal perkataan? | Ejaan yang betul ialah Bandar Raya Subang Jaya (tanpa kata Majlis di hadapan frasa tersebut). | Ejaan | 31.05.2023 |
JAYA SPA | Soalan tuan tidak jelas. | Lain-lain | 13.02.2014 |
Puan Fatmah guru di SMK Kelana Jaya .. Apakah pola ayat bagi ayat ini? Puan Fatimah guru / di SMK Kelana Jaya FN + FS atau Puan Fatimah / guru di SMK Kelana Jaya FN + FN Terima kasih | Pola ayat: Puan Fatimah (FN) guru di SMK Kelana Jaya (FN) | Tatabahasa | 02.11.2017 |
1) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah | Ejaan yang betul ialah Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. | Ejaan | 06.06.2012 |
Sekadar bertanya, 1. Kenapa nama tempat Cyberjaya dan Putrajaya dicantum ? 2. Kenapa nama tempat Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak dicantum macam contoh di atas ? | Dari segi ejaan, Cyberjaya dan Putrajaya sepatutnya dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, penamaan dan ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri /pihak berkuasa tempatan masing-masing. | Istilah | 30.05.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan 'jaya diri' sebenarnya? bagaiamana frasa ini digunakan dalam ayat? Bolehkah seseorang murid menulis ayat yang berbunyi seperti ini: Kita harus bersemangat jaya diri dengan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak. | Tidak ada contoh penggunaan "jaya diri" dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan ayat ini diubah menjadi "Kita harus bersemangat memajukan diri dan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak". | Tatabahasa | 21.08.2011 |
Ejaan yang mana betul? 1) bendahari Persatuan Sains atau Bendahari Persatuan Sains 2) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah 4) kepada tuhan kita memohon doa atau kepada Tuhan kita memohon doa | Ejaan yang betul ialah Bendahari Persatuan Sains, Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. Apabila merujuk kepada Allah, Tuhan dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 06.06.2012 |
Ayat 1. " Ini adalah stesen pertukaran untuk LRT Laluan Kelana Jaya." Ayat 2. " Ini adalah stesen pertukaran ke LRT Laluan Kelana Jaya". | Ayat yang betul: Ini ialah stesen pertukaran ke LRT Laluan Kelana Jaya. | Tatabahasa | 11.11.2021 |
Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana, adakah nama2 ini sesuai untuk sesebuah dewan ataupun bilik? | Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana tidak sesuai untuk menamakan dewan atau bilik | Lain-lain | 07.08.2008 |