Bolehkan 'skinny jeans' diterjemahkan menjadi 'jean langsing'? | Kami mencadangkan "skinny jeans" diterjemahkan sebagai "jean ketat". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
1. Apakah terjemahan yang sesuai untuk ‘skinny jeans’? 2. Apakah penggunaan betul untuk ‘ia’? Adakah ia hanya merujuk pada manusia sahaja? Atau dibolehkan untuk merujuk perkara yang tidak hidup? Seperti almari/kereta/tumbuh-tumbuhan? Juga, adakah perkataan ia dibolehkan untuk kata ganti haiwan? | 1. Terjemahan yang boleh digunakan ialah jean ketat. 2. Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk benda/subjek yang dibicarakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2019 |
Pengesahan ejaan / bahasa | Sila pastikan papan tanda ini Iklan Papan Premis, kain rentang atau gegantung. Sekiranya papan premis sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya, KEDAI PAKAIAN TERPAKAI Sekiranya papan iklan kain rentang atau gegantung, sila abaikan aktiviti perniagaan dan perlulah dibetulkan seperti yang berikut: 1. Tukarkan kepada SEJAK 2019 2. Betulkan kepada Jean, Baju dan Sweater Kanak-kanak . Jean Lelaki dan Wanita . Kemeja-T . Gegebar . Toto . Beg Tangan . Kasut | Lain-lain | 11.03.2020 |